800,000 kereta Mercedes berisiko terbakar

oleh Mohamad Hanif|
Seramai 800,000 orang pemilik kenderaan Mercedes-Benz telah diberikan amaran terhadap risiko kebakaran yang mungkin berlaku disebabkan oleh kebocoran cecair coolant.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun begitu, kempen panggil semula tidak dapat dilaksanakan pada waktu ini disebabkan Mercedes sendiri tidak mempunyai komponen atau alat ganti yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Isu ini berpunca daripada kebocoran pada pam coolant dan mampu mengakibatkan suhu meningkat, sekaligus menyebabkan kebakaran.

Berita ini pertama kali dilaporkan oleh akhbar Bild yang turut sama menerbitkan salinan surat Daimler kepada 800,000 orang pemilik yang terjejas, dan kesahihan surat itu disahkan sendiri oleh Daimler.

Dalam masa yang sama, Daimler menyarankan pemilik yang terjejas untuk mengurangkan penggunaan kenderaan, atau memandu dengan cara yang lebih berhati-hati bagi mengurangkan risiko kebakaran.

Antara model yang terjejas termasuklah GLE/GLS (platform 167), C-Class (platform 205), E-Class (platform 213), S-Class (platform 222), S-Class (platform 223), E-Class Coupe/Convertible (platform 238), GLC (platform 253), CLS (platform 257) serta G-Class (platform 463).

Sebahagian daripada model yang terjejas ini didatangkan dengan nadi diesel.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…