84 buah motosikal di saman, parkir atas jambatan Kuala Repas, Bentong

oleh SALINA JALIL|
Sikap penunggang motosikal yang mengambil mudah peraturan jalan raya termasuklah meletakkan kenderaan di atas jambatan untuk makan di sebuah restoran terkenal di daerah ini membawa padah apabila mereka dikenakan saman.


Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam operasi yang dilakukan semalam sebanyak 84 buah motosikal yang diletakkan di atas jambatan Kuala Repas di Bentong dikenakan tindakan saman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

“Dalam operasi yang dijalankan semalam sebanyak 101 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik yang melakukan pelbagai kesalahan di sekitar bandar Bentong dan Jambatan Kuala Repas yang menjadi tumpuan orang ramai khususnya pada hujung minggu.

 

“Walaupun operasi dan penguatkuasaan sering dijalankan namun masih ada pemandu dan penunggang yang degil dengan melakukan kesalahan berulang,”katanya pada sidang akhbar semalam.

 

Menurut Zaiham, penunggang dan pemandu kenderaan yang didapati melanggar peraturan itu dikeluarkan saman POL 257 dan POL 170A bagi pelbagai kesalahan.

 

Dalam pada itu beliau berkata, pihak polis memandang serius isu pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.

 

Justeru katanya, operasi berterusan akan dilakukan pihak polis bagi memastikan pengguna jalan raya khususnya di Bentong mematuhi peraturan ditetapkan.

 

 

 

- K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Domestik
Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 4.10 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…