87 kenderaan lelong, harga bidaan Saga RM450, Accord 19,500

oleh SALINA JALIL|
87 kenderaan yang telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri sedia untuk lelongan umum di JPJ Bukit Katil Melaka di sini pada 15 Ogos ini.


Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, berkata proses lelongan 84 kereta, dua van dan sebuah lori itu akan bermula pada tarikh tersebut pada jam 9.30 pagi.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

Beliau turut berkata bahawa, "antara kenderaan terbabit, salah satu darinya adalah sebuah Mini Cooper keluaran 2005 sebagai kenderaan yang tidak boleh daftar (scrap) pada harga bidaan bermula RM4,500.

 

“Semua kenderaan yang akan dilelong ini disita sejak 2014, sama ada ketika operasi JPJ, pemilik menyerah diri atau ditahan ketika di jalan raya.

 

“Bagaimanapun daripada 87 kenderaan yang akan dilelong termasuk 79 kenderaan klon, enam dikategorikan sebagai tidak boleh daftar termasuk Mini Cooper berkenaan,” katanya lagi semasa sidang media di pejabat JPJ Melaka di Bukit Katil, hari ini.

 

Beliau berkata, kenderaan lain dalam senarai untuk lelongan adalah BMW, Subaru Impreza, Honda Stream, Honda Jazz, Honda Accord dan Toyota Wish.

 

Harga rizab paling rendah bagi kenderaan yang boleh daftar adalah Proton Saga keluaran 1998 pada harga RM450, manakala paling tinggi adalah Honda Accord keluaran 2005 berharga RM19,500.

 

“Bagi kenderaan tidak boleh daftar pula, harga rizab paling rendah adalah RM300 untuk Perodua Kancil dan tertinggi RM12,000 bagi Honda Odyssey.

 

Terma dan syarat adalah seperti berikut; nilai bidaan minimum bagi setiap kenderaan adalah RM100 dan pembida yang berminat perlu membeli naskhah dokumen lelongan dari JPJ pada harga RM100.

 

Tarikh akhir jualan dokumen lelong yang hanya boleh dibeli secara tunai adalah sehingga jam 4 petang, 13 Ogos.

 

Semua kenderaan akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam pada 8 dan 9 Ogos bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

 

Pembida yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan dan membayar deposit RM2,000 secara tunai sewaktu pendaftaran.

 

 

 

*Sumber dari Berita Harian Online

*gambar dari mynewshub

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, JPJ turut menerima 6,687 aduan berkaitan kesalahan jalan raya menerusi aplikasi MyJPJ…
Berita Domestik
Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Muhammad Kifli Ma Hassan berkata,…
Berita Domestik
Berdasarkan kepada Ops tersebut, pihak JPJ telah mengeluarkan notis sebanyak 22,552 notis atas…