"Prestasi ini turut menyerlahkan kekuatan pendekatan Multipathway Toyota yang memberi pilihan pelbagai penyelesaian elektrifikasi, di samping terus menawarkan model dipercayai yang sesuai dengan gaya hidup seharian pengguna.
"UMWT terus memenuhi keperluan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Sama ada melalui model serba boleh untuk mobiliti harian atau pilihan hibrid yang lebih praktikal, syarikat komited menawarkan kenderaan berkualiti, bernilai tinggi serta menjanjikan ketenangan jangka panjang," katanya.
Bersandarkan falsafah global Toyota iaitu Mobility for All, UMWT menekankan usaha menyediakan teknologi tepat pada masa yang sesuai, selaras dengan kehendak pengguna tempatan.
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata sejak beberapa dekad, rakyat Malaysia menaruh kepercayaan kepada Toyota, dan keyakinan itu terus menjadi inspirasi syarikat itu.
"Fokus kami bukan sekadar menghasilkan kenderaan berkualiti, tetapi memastikan mobiliti kekal bermakna dan mudah diakses untuk semua, sepanjang setiap fasa kehidupan," katanya.
Ravindran berkata, ikatan erat itu mencerminkan komitmen Toyota terhadap Mobility for All dan menjadi semangat perpaduan serta kemajuan yang diraikan bersama negara sempena sambutan Merdeka kali ini.
"Sejak lebih enam dekad lalu, Toyota telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia. Bermula dengan Corolla pemasangan tempatan pertama pada 1968 hinggalah model ikonik seperti Hilux, Vios dan Camry, Toyota berkembang bersama masyarakat melalui era perubahan, kemajuan dan pencapaian.
"Toyota bukan sekadar kereta di jalan raya. Ia menjadi teman setia dalam perjalanan balik kampung musim perayaan, penggerak perniagaan serta pertanian, dan kenderaan keluarga yang mengiringi pelbagai detik penting kehidupan.
"Kini, Toyota berdiri teguh sebagai jenama automotif bukan nasional nombor satu di Malaysia, hasil kesetiaan pelbagai generasi dan kemampuan jenama itu berkembang mengikut keperluan negara," katanya.
Dalam dekad terkini (2015 hingga Ogos 2025), Toyota berjaya menjual 859,865 kenderaan di Malaysia.
Bagi memperkukuh pengalaman pemilikan, program Toyota Extra Mile diteruskan di seluruh negara, merangkumi rangkaian pusat servis, kemudahan digital melalui aplikasi Toyota MY serta sokongan servis hibrid yang menyeluruh.
Melalui program jaminan panjang, penyelenggaraan khusus hibrid dan akses mudah kepada perkhidmatan selepas jualan, pelanggan menikmati jaminan dunia sebenar dengan setiap pemilikan Toyota.
Sempena sambutan kemerdekaan negara, UMWT turut menawarkan penjimatan eksklusif sehingga RM5,000 untuk model terpilih serta tawaran tambahan apabila pelanggan mengunjungi bilik pameran Toyota pilihan mereka.
Promosi khas itu berlangsung sepanjang September, menjadikannya masa terbaik untuk memiliki Toyota baharu dan meraikan Merdeka dengan penuh bergaya.
Selain itu, pemilik Toyota boleh menikmati penjimatan lebih besar melalui Toyota Service Savers, program penyelenggaraan prabayar serendah RM31 sebulan yang menawarkan penjimatan sehingga 10 peratus bagi alat ganti dan upah, perlindungan daripada kenaikan harga pada masa hadapan serta servis mudah di pusat servis bertauliah Toyota seluruh negara.