911 Safari Overlander - Siapa kata Porsche tidak praktikal?

oleh Mohamad Hanif|
Baik, tajuk di atas mungkin sedikit mengelirukan jika anda melihat Porsche sebagai sebuah kereta sports yang khas untuk kegunaan litar semata-mata.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Atau anda memang sudah tanam dari awal bahawa Porsche 911 bukanlah sebuah kereta yang praktikal. 

Namun, dengan sedikit (baca:pelaburan wang yang banyak) modifikasi yang betul, anda sebenarnya boleh mengubah sebuah Porsche 911 yang sempurna untuk dibawa ke mana jua anda inginkan.
 


Lihat sahaja contoh yang kami bawakan di dalam artikel ini, sebuah Porsche 911 klasik hasil binaan Kelly-Moss Road and Race dari Wisconsin ini. 

Dari luaran, 911 Carrera tahun 1984 ini nampak macam standard, akan tetapi segala panel badan telah dibina, paling ketara ialah ruang arca roda yang telah diberikan penambahan ruang sebanyak tiga hingga lima inci. 
 


Tujuannya tidak lain adalah untuk memuatkan tayar off-road BF Goodrich yang cukup besar itu selain memberikan ruang bagi pergerakan suspensi (suspension travel) sebanyak 11 inci di hadapan dan 10 inci di belakang. 

Penambahan ketinggian jarak kelegaan tanah tadi disumbangkan oleh spring dari Eibach, manakala untuk menyerap segala hentakan, damper tiub berkembar boleh laras dari Exe-Tc digunakan. 
 


Tidak cukup dengan itu, pihak Kelly-Moss telah memasang sangkar keselamatan kustom di dalam dan dipanjangkan ke bahagian casis hadapan untuk menambah kadar ketegaran dan kekuatan casis.

Rak bumbung yang diikat secara terus pada sangkar keselamatan itu tadi ternyata mampu menampung apa jua beban yang diletakkan, malah untuk menunjukkan kemampuan rak bumbung itu tadi, pihak Kelly-Moss meletakkan sebuah kereta lumba 911!

Disebalik kesemua modifikasi yang dibuat, berat 911 Carrera ini hanyalah sekadar 1,133 kilogram sahaja. 
 


Bagi memastikan roda sentiasa bergerak di atas permukaan muka bumi yang pelbagai dengan baik, enjin 3.4 liter flat-six telah dirombak semula bagi menghasilkan 340 kuasa kuda yang dipadankan dengan transmisi manual. 

Jadi, bagi mereka yang mahukan sebuah jentera off-road yang sangat cool, hasil kerja one-off dari Kelly-Moss ini sesuai untuk dijadikan sebagai contoh.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Varian terbaharu yang dilancarkan oleh Porsche adalah GTS di mana ia akan diposisikan di antara…