Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K, berkata kekuatan Toyota terletak pada kemampuannya menyediakan teknologi yang relevan, prestasi yang dipercayai dan ketenangan minda kepada pelanggan.
"Aspirasi kami untuk menjadi 'Best in Town' bermaksud membina kepercayaan tulen melalui setiap pengalaman, daripada inovasi dan khidmat pelanggan hinggalah kepada penglibatan komuniti.
"Kami akan terus menyokong aspirasi Malaysia sambil menyumbang kepada kemajuan serantau," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kepemimpinan Toyota dalam bidang inovasi menjadi tumpuan di Japan Mobility Show (JMS) 2025, apabila syarikat itu memperkenalkan pelan strategik serantau tiga tahun untuk memacu mobiliti generasi baharu di Asia.
Pelan berteraskan neutraliti karbon, keselamatan pintar dan mobiliti inklusif itu mengukuhkan misi Toyota untuk melaksanakan kemajuan praktikal melalui Multi-Pathway Approach, memastikan tiada pihak tertinggal dalam peralihan menuju masa depan bebas karbon.
Semasa Toyota Motor Asia Media Day, syarikat mengumumkan beberapa inisiatif penting termasuk pengenalan lebih 10 model elektrifikasi baharu (xEV) dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Turut diumumkan, pengeluaran BEV tempatan di Thailand dan Indonesia menjelang akhir 2025 dan pelaksanaan misi 30 by 30 yang menyasarkan 30 peratus jualan xEV di ASEAN menjelang 2030, bersamaan 1.5 juta unit terkumpul atau kesan alam sekitar setara 25 juta pokok ditanam atau lapan juta tan pengurangan karbon dioksida.
Sempena penghujung tahun, UMWT menawarkan rebat sehingga RM8,000 bagi model terpilih, selain promosi tambahan di peringkat pengedar bagi memberi lebih banyak sebab kepada rakyat Malaysia memilih Toyota.
"Komitmen kami terhadap Mobility for All bukan sekadar janji produk, tetapi visi jangka panjang tentang bagaimana rakyat Malaysia bergerak, berkembang dan maju," tambah Ravindran.