96 tahun membina kereta selamat, ini lima inovasi terhebat Volvo

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak kenal dengan jenama automotif dari Sweden, Volvo Cars yang sangat sinonim dengan barisan kereta yang memiliki ciri keselamatan tertinggi dan termaju.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting di dalam sejarah peradaban manusia, seperti contoh tali pinggang keledar tiga poin dan sistem informasi titik buta (BLIS).
 

volvo


Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2007 Volvo Cars mengumumkan visi penting di mana tiada seorang pun yang seharusnya tercedera atau terbunuh di dalam sebuah kereta baharu Volvo bermula 2020 dan ke atas.

Tanpa lima inovasi yang diperkenalkan oleh Volvo Cars ini, kita mungkin tidak akan dapat menikmati mobiliti yang lebih selamat, baik dari masa lalu, sekarang ataupun masa depan.

 

1. Volvo Safety Research Center

volvo


Secara puratanya, fasiliti penyelidikan Volvo ini menghancurkan satu kereta baharu Volvo setiap hari.

Makmal ujian pelanggaran yang serba lengkap ini membolehkan para jurutera Volvo mencipta pelbagai situasi trafik dan kemalangan, serta melakukan ujian penilaian melebihi piawaian yang ditetapkan oleh undang-undang semasa.

 

2. Inovasi keselamatan berterusan

volvo


Tahukah anda? Tali pinggang keledar yang kita wajib pakai setiap kali memandu kereta itu merupakan idea yang lahir dari seorang jurutera Volvo, Nils Bohlin pada tahun 1959.

Menyedari bahawa nyawa manusia itu adalah sama penting, Volvo membuat keputusan untuk menjadikan paten Bohlin itu percuma untuk digunakan oleh semua pengeluar automotif.

Selain daripada itu, Volvo Cars turut memperkenalkan ciri tempat duduk kanak-kanak menghadap belakang, kusyen booster untuk kanak-kanak, Side Impact Proctection System (SIPS), Whiplash Protection System (WHIPS), Blind Spot Information System (BLIS) dan bermacam-macam lagi ciri yang kini sudah mula digunakan secara meluas.

Tahun 2020, Volvo Cars memperkenalkan had kelajuan 180 km/j untuk semua kereta baharu Volvo - satu lagi usaha untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan.

 

3. Inisiatif E.V.A (Equal Vehicles for All)

EVA


Sejak bertahun-tahun, pihak pengeluar telah menggunakan 'khidmat' patung ujian lelaki untuk melakukan ujian pelanggaran.

Namun bagi Volvo Cars, kereta yang selamat bukan untuk golongan lelaki sahaja, malah ia juga perlu selamat untuk semua golongan.

Inilah sebabnya kenapa Volvo turut mencipta patung ujian wanita mengandung pertama, selain mewujudkan situasi kemalangan yang melibatkan penumpang lelaki, wanita dan kanak-kanak dalam ujian pelanggaran setiap hari.

Menerusi inisiatif EVA ini, hasil daripada kajian keselamatan selama 40 tahun itu kini boleh diakses dengan mudah oleh semua orang menerusi perpustakaan digital yang disediakan.

 

4. Sistem Pilot Assist kini standard untuk semua model

Volvo


 
Volvo tidak pernah memilih varian mana yang perlu dan tidak perlu dilengkapi dengan ciri keselamatan menyeluruh.

Oleh sebab itu, kita dapat melihat semua model terbaharu Volvo kini dilengkapi dengan bantuan ciri swapandu Tahap 2 (Level 2 SAE) Pilot Assist secara standard.

Ciri Pilot Assist membantu pemandu untuk mengekalkan kelajuan dan jarak antara kereta yang malar di atas jalan raya, selain memastikan ia kekal di dalam lorong pemanduan yang telah ditetapkan.

 

5. Ciri Driver Understanding System - untuk masa depan

volvo


Selain daripada bermacam-macam fungsi keselamatan yang anda biasa dengar pada sebuah kereta Volvo, pengeluar itu tidak pernah duduk diam dan berpuas hati dengan apa yang ada.

Kini, Volvo Cars sedang membangunkan sistem yang dinamakan sebagai Driver Understanding System.

Sistem keselamatan ini menggunakan dua kamera yang dapat mengesan sama ada pemandu terganggu, mengantuk atau mabuk, dan sekiranya perlu ia akan mengaktifkan tindak balas yang bersesuaian untuk mengekalkan tahap keselamatan kenderaan.

Ciri Occupant Sensing pula akan mengesan kehadiran kanak-kanak kecil atau haiwan peliharaan yang tertinggal di dalam kabin semasa kereta dikunci.
 

volvo


Untuk merasai sendiri inovasi keselamatan yang ada pada kereta Volvo, anda dijemput untuk menghadiri kursus pemanduan selamat Volvo Car Malaysia pada 2 dan 3 Mac 2024, terhad kepada 150 orang sahaja.

Para peserta akan diberikan peluang untuk memandu dan menguji sendiri ciri keselamatan yang ada pada model BEV dan PHEV Volvo.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan INI berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Berita Berkenaan

Informasi
Ketika artikel ini ditulis, penulis pasti sudah banyak fasiliti pengecasan yang telah disediakan…
Berita Domestik
Untuk jenama-jenama automotif premium, EV terus menerus menjadi pilihan. Model-model khusus yang…
Informasi
Sesebuah kereta bukan sahaja perlu memenuhi keperluan yang membawa dari satu destinasi ke destinasi…