97 buah jentera bomba bernilai RM165 juta tersadai akibat kegagalan vendor

oleh HEZERI SAMSURI|
Hampir 40 peratus atau 97 buah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dibeli pada tahun 2007, 2010 dan 2014 tidak dapat digunakan kerana kerosakan pada "drive shaft" dan sistem PTO (Power Take Off).

Menurut laporan Harian Metro, bomba membeli sebanyak 242 unit jentera pemadam api (Fire Resuce Tender atau FRT) dalam ketiga-tiga tahun tersebut, berjumlah RM420 juta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sumber Harian Metro berkata kegagalan pembekal menyediakan rekabentuk, peralatan dan pemasangan yang betul menyebabkan jentera-jentera itu gagal terus untuk berfungsi.

"Sebelum tahun 2007, semua proses pembelian jentera JBPM diuruskan melalui tender terbuka dan jentera-jentera itu adalah dalam kondisi terbaik," ujarnya.

Jabatan Bomba kini mempunyai antara 550 hingga 600 jentera di seluruh negara.

Kebanyakan jentera yang tersadai ini berada di Selangor, terutama di Shah Alam, Serdang dan Salak Tinggi.

Baca laporan asal di Harian Metro pada pautan ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
EV mendapat pelbagai reaksi dari sudut positif dan negatif, terdapat beberapa perkara yang…
Berita Domestik
Pasukan bomba dimaklumkan ada seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam laut sedalam 20 meter…
Berita Global
Pasukan penyelamat The Citrus County Florida bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan…