Abang Viva dapat hadiah motosikal Yamaha XJ6 Diversion

oleh SALINA JALIL|
Rezeki Abang Viva semakin melimpah-ruah apabila telah menerima hadiah sebuah motosikal berkuasa tinggi bernilai RM39,000 atas jasanya membantu mangsa banjir baru-baru ini.

Abang Viva atau nama sebenar, Azwan Omar 30, telah menerima sebuah jentera jenis Yamaha XJ6 Diversion dan beberapa aksesori.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan perkongsian gambar di laman sosial, motosikal itu dihadiahkan oleh seseorang sebelum diserahkan oleh sebuah kedai motosikal terkenal di Shah Alam.

 

“Buat baik dibalas baik”, kata pihak kedai motosikal terkenal di Shah Alam dalam kenyataan.

 

Sebagai penghargaan terhadap usaha murni itu, pihak kedai motosikal terkenal itu turut menaja beberapa aksesori antaranya adalah topi keledar, jaket dan beg untuk Azwan.

 

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berasa gembira kerana Azwan menerima rezeki yang tanpa diduga.

 

“Memang rezeki tidak salah alamat. Alhamdulillah rezeki Allah macam-macam bentuk untuk kita semua,” jelas @Wanboss.

 

“Semoga dimurahkan rezeki kepada orang yang hadiahkan Abang Viva kita ini,” kata @KamalrudinZulkifli.

 

 

 

– K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas beliau menerima sumbangan trak pikap daripada seorang usahawan tempatan, rupa-rupanya…
Informasi
  Beliau berkata, usahawan wanita berkenaan memberikan secara ikhlas dengan tujuan ingin­…
Informasi
  Namun segala pengorbanan dan sifat terpuji beliau sehingga sanggup mengambil cuti kecemasan dan…