ABT RS4-S - lagi power!

oleh Mohamad Hanif|
ABT Sportsline nampaknya tidak menang tangan dan baru-baru ini telah muncul dengan sebuah model edisi khas berdasarkan Audi RS4 Avant facelift yang dinamakan sebagai ABT RS4-S.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang diduga, ia menampilkan peningkatan kuasa di mana talaan diberikan kepada enjin 2.9 liter bentangan V6 turbo berkembar menjadikan angka output mencecah 510 PS dan daya kilas 600 Nm.

Peningkatan sebanyak 60 PS dan 60 Nm itu membolehkan wagon ini memecut sepantas 3.9 saat!

 


Tidak cukup? Anda boleh mendapatkan naiktaraf ABT Power S di mana enjin V6 tersebut mampu menghamburkan 530 PS dan 680 Nm, serta menyahkunci kelajuan tertinggi kepada 300 km sejam.

Naiktaraf kuasa tersebut diselarikan dengan penawaran ABT Aerokit yang terdiri daripada lip hadapan ABT, pelindung liang udara, sirip hadapan, sistem ventilasi arca roda dengan siri gentian karbon, spoiler belakang CFRP dan insert skirt belakang.

 

 


Sistem perpaipan ABT RS4-S ini dilengkapi dengan saluran keluli tahan karat yang diakhiri dengan empat tip berbentuk bulat daripada gentian karbon berdiameter 102 mm.

Menghiasi keempat-empat arca roda adalah set rim aloi ABT Sport GR bersaiz 21 inci yang dikemaskan dengan layangan warna hitam berkilat.

 


Selain daripada naiktaraf kosmetik, ABT juga turut memberikan sentuhan kepada aspek pengendalian dan casis, seperti penggunaan spring boleh laras, bar anti-oleng pada gandar depan dan belakang, serta penawaran naiktaraf suspension jenis coil-over.

Untuk ruang kabin wagon pantas ini, ABT melontarkan senarai jajan menarik seperti logo RS4-S pada perehat kepala, ambang pintu, alas lantai dan lencana pada papan pemuka.

 


Dengan penambahan kos, anda boleh mendapatkan kerangka tempat duduk daripada gentian karbon, kemasan gentian karbon pada papan pemuka dan stereng, serta penawaran trim kulit baharu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya 200 unit sahaja yang dihasilkan, di mana kesemua unit tersebut menggunakan asas daripada…
Berita Global
Ini kerana, firma penala ABT kini sudah tampil dengan magis mereka yang tersendiri terhadap model…
Berita Global
Jadi, dalam banyak-banyak model Avant yang pernah ditala oleh ABT sebelum ini, model Audi A6…