Acara basikal antarabangsa Ahad ini, beberapa jalan di KL ditutup, dilencongkan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Polis akan menutup dan melencongkan beberapa laluan di sekitar ibu kota sempena penganjuran acara sukan berbasikal bertaraf dunia Grand Fondo New York (GNFY) yang akan berlangsung Ahad ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata semua laluan yang akan digunakan untuk acara itu akan ditutup dan dilencongkan seawal jam 6.30 pagi hingga jam 11 pagi.

"Acara bermula jam 6.45 pagi dan dijangka berakhir jam 11 pagi. Pertandingan ini diadakan secara dua peringkat iaitu 130 kilometer (km) dan 65.7km.
AION MREC Banner Campaign May 2024

"Laluan yang akan digunakan membabitkan 40km dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur manakala selebihnya melalui kawasan Selangor membabitkan kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan IPD Hulu Selangor," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Berikut adalah laluan yang terbabit dengan acara berkenaan:

Dataran Merdeka - Jalan Raja - Jalan Raja Laut - Jalan Sultan Ismail (Laluan Salah) - Jalan Tunku Abdul Rahman - Jalan Tun Perak - Jalan Raja Chulan - Jalan Conlay - Jalan Stonor - Jalan Kia Peng - Jalan Perak - Jalan P. Ramlee - Jalan Ampang - Jalan Sultan Ismail ( dari persimpangan menggunakan laluan salah sehingga ke persimpangan Jalan Raja Laut / Jalan Sultan Ismail ) - Jalan Raja Laut - Jalan Putra - Jalan Tun Ismail - Jalan Dato Onn - Jalan Sultan Salahuddin - Jejambat Wisma Tani - Lebuhraya Sultan Iskandar - Jalan Parlimen - Jalan Persiaran Tuanku Ja'afar - Jalan Damansara - Jalan Bukit Petaling - Jalan Hang Tuah - Jalan Imbi - pusingan U Lampu Isyarat Times Square - Jalan Imbi - Jalan Hang Tuah - Jalan Bukit Petaling - Jalan Istana - Jalan Sungai Besi - Bulatan Sg Besi - Jalan Tun Razak - Jalan Kuching - Bulatan Batu Caves - [pecahan kategori akan berlaku di Gombak, Selangor] - Jalan Kuching - Dataran Merdeka.

Sehubungan itu, katanya polis menasihatkan seluruh warga kota Kuala Lumpur terutama pengguna jalan raya supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan khidmat e-hailing.

"Elakkan daripada menggunakan semua laluan yang terjejas akibat penutupan untuk ke destinasi yang dituju.

"Patuhilah arahan anggota polis yang bertugas bagi memastikan pengurusan lalulintas berjalan dengan lancar," katanya.

Rusdi berkata acara yang bermula serta berakhir di Dataran Merdeka membabitkan penyertaan 385 peserta daripada pelbagai negara.

Katanya, pemenang yang memenangi pertandingan ini berkelayakan untuk menyertai pusingan akhir yang akan diadakan di New York pada Disember ini.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Hotline DBKL: 03-26179378, Hotline Trafik KL: 03-20719777 atau membuat rujukan di Facebook PolisKL dan Facebook TrafikKL.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau…
Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati klip video tersebut telah tular melalui laman sosial X dan telah dimuat…
Berita Domestik
"Siasatan kes itu dah selesai dan sehingga semalam (Ahad) kita terima satu laporan polis dari…