Acara flag-off Kembara Road 2 Southern Thai oleh komuniti VeXcom

oleh Mohamad Hanif|
Pada 3 Oktober 2018, berlangsung acara flag-off atau pelepasan secara rasmi Kembara Road 2 Southern Thai yang disertai oleh lapan orang anak muda daripada komuniti VeXcom bertempat di ibu pejabat Kawasaki Motors Sdn Bhd di Glenmarie, Shah Alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Komuniti VeXcom atau Versys X Community Malaysia merupakan kelab rasmi bagi para pemilik motosikal kembara Kawasaki Versys-X 250, antara kelab yang baharu sahaja menyertai dunia dua roda di Malaysia apabila ditubuhkan secara rasmi pada April 2018.

Sehingga kini, jumlah keahlian VeXcom sudah pun mencecah kepada 182 orang namun ia hanya dikhaskan kepada para pemilik sah Kawasaki Versys-X 250 sahaja. 
 


Acara pelepasan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Malaysia, Ahmad Faez Tan Sri Yahya dan turut serta Pengarah Urusan KMSB, Dato' Jeffrey Lim serta ahli kumpulan VeXcom dan Malaysia Green Versys memeriahkan upacara pelepasan tersebut. 

 


Menurut presiden VeXcom, Encik Shahirul Nizam selaku ketua program, tujuan jelajah sejauh 1,700 km ini adalah untuk melatih dan mencabar kemampuan dan semangat kerjasama ahli-ahli VeXcom terutama ketika menghadapi perjalanan yang berliku, disamping menguji tahap keupayaan motosikal masing-masing. 


Ketika ditanya laluan mana yang bakal ditempuh oleh peserta kembara, Encik Faisal Zakaria atau lebih mesra disapa Fai menjawab mereka akan memasuki Thailand melalui pintu masuk Wang Kelian sebelum menuju ke Krabi, dan daripada situ mereka akan meneruskan perjalanan ke Haadyai sebelum berakhir di Betong dan kembali semula ke Kuala Lumpur. 

 


Perjalanan empat hari empat malam ini turut mendapat sumbangan dan sokongan daripada pihak Kawasaki Malaysia itu sendiri, Serdang Motor serta Caplier Autobikers. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Shahirul Nizam , Pengarah Urusan Bahagian Operasi untuk Hyat Collection Sdn Bhd, mereka…
Telah Diuji
Selain daripada karakteristik asal yang kurang sesuai untuk tujuan itu, penulis terpaksa berhenti…
Tunggang Uji
  Paling jauh, ia turun ke Bahau dari Kuala Lumpur. Sebenarnya, kami mahu melakukan beberapa…