Acara Malaysia Autoshow 2020 ditangguhkan ke tahun hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Acara tahunan Malaysia Autoshow 2020 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai ini akan ditangguhkan ke bulan April tahun hadapan (2021) disebabkan wabak COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut CEO MARii, Dato' Madani Sahari berkata, walaupun dengan penangguhan tersebut, pihaknya akan berusaha untuk mencari pendekatan teknologi yang bersesuaian untuk pertunjukan pendirikan automotif versi digital.

"Ia juga merupakan masa yang sesuai untuk menilai kembali cara untuk mengumpulkan komuniti automotif yang lebih selamat dan teratur," ujar beliau lagi.

"Kami berharap situasi semasa akan bertambah baik pada tahun ini, dan boleh memulakan perancangan untuk acara Autoshow yang lebih besar untuk tahun hadapan, yang mempamerkan teknologi mobiliti masa kini serta memberikan pengalaman baharu di dalam sektor automotif dan mobiliti kepada para pengunjung," tambah beliau lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk tahun keenam, Malaysia Autoshow 2020 bakal membawakan tema "Next-Generation Mobility" dengan…