ACARA OUTDOOR OFF THE GRID 2024 MERIAH - SERAMAI 30,000 PENGUNJUNG YANG HADIR

oleh Firdaus Razani|
Acara Off The Grid (OTG) yang didedikasikan untuk penggemar gaya hidup luar telah tamat dengan jayanya untuk pasukan Art of Speed, dengan jumlah seramai 30,000 pengunjung yang hadir.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Acara tersebut telah berlangsung di Dewan A Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) selama tiga hari dari 23 - 25 Februari 2024.

 

otg2024

 

Kejayaan acara tersebut banyak diberi sokongan oleh vendor-vendor terkenal dengan aktiviti gaya hidup luar seperti Montanic Adventure Store, Anbot Store, CampGuru dan Eiger Adventure dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga pameran kenderaan seperti motorhome, campervan, trak aktiviti lasak, dan pelbagai lagi yang menarik perhatian ramai peminat Art of Speed serta pengunjung yang hadir.

 

otg2024

 

Kebanyakkan Kenderaan-kenderaan tersebut bercirikan tema gaya hidup luar dibawa oleh TJM 4x4, Titan Suspension dan NoEqual & Kuzig.

Aktiviti yang terdapat di OTG 2024 adalah seperti berikut:

  • Brew Festa
  • BBQ Showdown oleh MeatXpert Premium Butcher
  • Makers Jamboree & Pasor Dinda Ladies Market
  • Skimpool atau skimboarding pool, dan Surf Skate oleh La Rocka
  • Roller Disko
  • Strider Cup oleh @striderskidsmalaysia 
  • Persembahan tradisional dan akustik
  • Meet-up perhimpunan van camper
  • Paparan motosikal, 4x4, 6x6 dan off-road
  • Pameran suspension off-road
  • Paparan khemah roof top
  • Pameran Mini RC Crawler
  • Pameran lampu lantera dan dapur besi vintaj
  • Kelas membuat pisau
  • Pameran zoo haiwan peliharaan dan tumbuhan eksotik
  • OTG Wet Park
  • Istana belon

 

otg2024

 

Untuk acara OTG 2024 kali ini, turut dianjurkan Pertandingan Gerai Terbaik untuk kesemua vendor yang berada di acara tersebut dan pemenang akan dihadiahkan dengan percutian ke FIELDSTYLE Jamboree 2024 di Nagoya, Jepun.

Pemenang bagi kategori Gerai Terbaik adalah Montanic Adventure Store, dan pemenang untuk Paparan Terbaik adalah Eiger Adventure.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…