Acura hasilkan NSX Type S untuk berlumba, lengkap dengan trailer belakang

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, Careta pernah menyiarkan sebuah artikel berkenaan Acura NSX generasi pertama yang dipadankan dengan trailer yang diperbuat daripada NSX sebenar.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Kali ini, projek NSX bertrailer tersebut direalisasikan sendiri oleh Honda, di mana jentera 'satu separuh' NSX Type S akan membuat kemunculan di acara perlumbaan Tire Rack One Lap of America 2023 yang dianjurkan oleh Grassroots Motorsports Magazine.
 

NSX


Supercar Acura NSX Type S itu standard tanpa sebarang modifikasi berat, melainkan penggunaan minyak sintetik Red Line, set rim ringan HRE serta balutan tayar berprestasi tinggi Falken.

Sementara trailer belakang pula sebenarnya diambil daripada sebuah model ujian yang telah dirancang untuk dilupuskan.
 

trailer


Daripada membazir, unit ujian tersebut kemudian dibelah dua untuk dijadikan sebagai trailer simpanan barang, sebelum ia dipadankan dengan sistem suspensi H&R, serta rim HRE yang dibaluti tayar Falken yang serupa.

Trailer NSX itu digunakan untuk membawa muatan termasuklah tayar simpanan serta bendalir penting yang diperlukan untuk perlumbaan. Sistem kamera belakang turut dihubungkan kepada sistem infohibur supercar ini.
 

honda


Dalam perlumbaan yang akan diadakan bermula 6 Mei hingga 13 Mei itu, pasukan Honda akan turut berlumba menggunakan sedan Acura TLX Type S, di mana kedua-dua jentera ini merupakan sebahagian daripada pasukan sukarela Honda of Amerika Racing Team (HART).

Projek NSX Type S bertrailer itu merupakan projek sukan permotoran kedua khas yang dibangunkan oleh divisyen Auto Development Center Honda Amerika, selepas mereka menghasilkan jentera lumba Honda CR-V Hybrid Racer berkuasa 800 hp.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada itu, Motul juga merupakan penaja utama bagi perlumbaan Acura Grand Prix of Long…
Berita Global
Manakan tidak, rekod tahun 2020 menunjukkan hanya 128 unit sahaja yang terjual di pasaran Amerika…
Informasi
  Berbeza dengan model terdahulu, NSX generasi kedua direka dan direkayasa (engineered) di Ohio,…