Acura Integra 2022 - sah dalam bentuk badan liftback lima pintu!

oleh Mohamad Hanif|
Honda (atau Acura) Integra sebelum ini telah pun dihentikan produksinya yang berakhir pada generasi keempat pada tahun 2006.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sejak daripada itu, tiada sebarang berita berkenaan Integra melainkan beberapa gambar rendering yang dihasilkan oleh para peminat yang menantikan kemunculan semula nama ikonik itu.

Setelah beberapa tahun, Acura mengesahkan nama Integra bakal kembali namun menerusi gambar teaser terbaharu, Acura Integra 2022 didedahkan dalam bentuk liftback lima pintu, bukannya coupe dua pintu seperti sangkaan ramai.

Acura juga dalam masa yang sama turut memuatnaik sebuah gambar Integra RS 1986, iaitu generasi pertama Integra yang didatangkan dalam warna perak, serta persamaan yang kedua - bentuk badan liftback lima pintu.
 

Integra


Jadi secara tidak langsung Acura cuba untuk mengaitkan Integra generasi baharu dengan model asal yang banyak membantu mempopularkan nama Integra di kalangan para peminatnya.

Sesetengah pihak mungkin akan merasa kecewa kerana tiada lagi bentuk badan coupe dua pintu yang ditawarkan, namun disebabkan segmen yang semakin mengecil saban tahun, adalah tidak masuk akal untuk mana-mana pengeluar untuk terus menawarkan model yang niche.

Acura juga sebelum ini telah mendaftarkan tanda dagang 'Integra Type S' yang membawa petanda kehadiran sebuah lagi model berprestasi tinggi yang akan dihasilkan dalam unit terhad untuk para peminatnya kelak.

Apapun, sama-sama kita nantikan kemunculan semula Integra generasi baharu ini tidak lama lagi.