Acura Integra Prototype buat kemunculan rasmi - harga anggaran dari RM125k

oleh Mohamad Hanif|
Acura hari ini secara rasmi memperlihatkan model Integra Prototype yang mampu memberikan bayangan awal kepada model berprestasi tinggi Acura Integra 2023 yang bakal tiba di pusat pengedar bermula tahun depan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan pengenalan Integra baharu ini, ia bakal menjadi model aras mula terhadap barisan kenderaan berprestasi tinggi Acura yang membawakan bentuk sedan liftback lima pintu.

Seperti yang diberitakan sebelum ini, Integra 2023 bakal menampilkan penggunaan enjin 1.5 liter turbo VTEC yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dan limited slip differential (LSD).
 

Integra


Acura Integra direka di Jepun dan menampilkan rekaan luaran yang bergaya, dimulakan dengan unit lampu JewelEye LED, diikuti lampu nyalaan siang (DRL) LED berbentuk Chicane yang lebih dramatik.

Penampilan agresif Integra diteruskan dengan arka roda belakang yang lebih berisi, unit lampu yang tajam dengan grafik yang mengikuti tema muka depan, spoiler lid trunk yang kecil dan diakhiri dengan tip ekzos pada kiri dan kanan.
 

Integra


Disebalik rim kemasan matte bersaiz 19 inci pula adalah sistem brek berprestasi tinggi Brembo berwarna Indy Yellow.

Warna Indy Yellow yang dilayangkan pada badan Integra ini sebenarnya merupakan satu penghormatan buat warna Phoenix Yellow yang pernah ditawarkan pada model Integra Type R 2000-2001.
 

integra


Selain daripada itu, sedan pantas ini turut didatangkan dengan kemasan hitam berkilat pada bumbung, spoiler, cermin sisi, diffuser belakang dan juga jeriji hadapan.

Pelancaran Acura Integra 2023 menandakan pertama kalinya model Integra dipasang dan dibina di Amerika Syarikat, di mana fasa produksi massa akan bermula tahun depan di fasiliti Marysville Auto Plant, Ohio.

Harga jualan anggaran bermula sekitar $30,000 (RM125,055).

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, tidak seperti penawaran transmisi manual yang biasanya dikhususkan untuk varian aras mula,…
Berita Global
Berdasarkan informasi daripada Integra Talk, Honda Acura Integra 2023 bakal ditawarkan dalam tiga…
Berita Global
Ia merupakan satu langkah yang harus dipuji, memandangkan sudah tidak banyak pengeluar yang masih…