Acura Integra Type S 2024, 320 hp, 420 Nm, lebih mahal berbanding Civic Type R FL5 di US

oleh Mohamad Hanif|
Di pasaran Amerika Syarikat, anda boleh mendapatkan sebuah Honda Civic Type R FL5 pada harga bermula dari $43,795 (RM194,318).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda tidak kisah berbelanja lebih, dapatkan sahaja model Acura Integra Type S 2024 di mana ia kini mula dijual secara rasmi pada harga bermula dari $50,800 (RM225,400) tidak termasuk cukai destinasi bernilai $1,195 (RM5,302).
 

integra


Secara teknikalnya, anda akan mendapat spesifikasi enjin yang sama sahaja dengan model Civic Type R FL5, di mana enjin K20C1 2.0 liter turbo itu berupaya menghasilkan angka output yang sama – 320 hp dan 420 Nm, atau kelebihan sekitar 5 hp sahaja.

Nadi tersebut kemudian dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan serta fungsi rev-match automatik.

Selain itu, Integra Type S turut dibekalkan dengan pembeza gelincir terhad, sistem peredam adaptif, dan suspensi hadapan paksi berkembar yang menjanjikan pengendalian yang lebih baik serta mengurangkan kesan torque steer.
 

integra


Sistem brek pula didatangkan dengan rotor bersaiz 38 mm dan 23 mm lebih besar berbanding model Integra standard, sementara rim 19 inci dibaluti dengan tayar Michelin Pilot Sport 4S.

Disebabkan secara asasnya Integra berkongsi platform yang sama dengan Civic, ruang kabin juga turut membawakan susun atur yang hampir sama, seperti skrin kluster digital 10.2 inci, skrin tengah sembilan inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sistem pendingin hawa dua zon.

Acura Integra Type S turut dilengkapi dengan tempat duduk sports larasan 12 tahap, kemasan Ultrasuede, roda stereng balutan kulit, sistem audio 16 pembesar suara, pengecasan peranti pintar tanpa wayar, serta skrin paparan head-up.
 

integra


Ciri keselamatan termasuklah amaran pelanggaran hadapan, amaran keluar lorong, sistem pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang, serta sistem pengecaman papan tanda trafik.

Di Amerika Syarikat, Acura sudah pun mula membuka tempahan bagi mereka yang berminat untuk membeli Integra Type S, di mana hanya 200 unit pertama akan ditawarkan pada 11 Mei ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, ia berkongsi nadi 2.0 liter turbo yang sama, di mana ia mampu menjana kuasa setinggi 320 hp…