Acura Integra Type S bakal guna nadi Type R, bersama LSD dan transmisi manual

oleh Penyumbang Rencana|
Bagi mereka yang menginginkan kereta dengan prestasi dan kemewahan, Acura Integra Type S merupakan jawapan untuk pilihan itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Integra Type S dikatakan bakal menggunakan nadi yang sama dengan Honda Civic Type R FL5

 

type s

 

Jika benar seperti dikhabarkan, ia akan dikuasakan oleh enjin K20C1 2.0 liter VTEC turbo tetapi hanya menghasilkan 300 HP, berbanding Civic Type R FL5 yang menghasilkan 315 HP.

 

Selain itu, Integra Type S hanya akan didatangkan dengan transmisi manual 6 kelajuan bersama karbeda (differential) LSD.

 

type s

 

Dari segi rupa luaran, reka bentuk Integra Type S sememangnya memberi rupa yang berbeza berbanding Civic Type R, namun beberapa reka bentuknya masih dilihat sama seperti garis badan dan tiga paip ekzos di tengah.

 

Sebelum ini, Integra 2023 telah dilancarkan untuk pasaran US, berkongsi platform dengan Civic, ia turut dikuasakan dengan enjin 4 silinder 1.5 liter turbo sama seperti Civic Si  yang menghasilkan 200 HP dan 260 Nm.

 

rear

 

ianya dipadankan dengan transmisi CVT dan transmisi manual 6 kelajuan bersama karbeda (differential) LSD untuk varian A-Spec.

 

Harga bagi Integra 2023 untuk pasaran US bermula dari USD30,800 (RM134,365) untuk varian transmisi CVT dan USD35,800 (RM156,178) untuk varian A-Spec.

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja pada Civic FD, atau reka bentuk Civic EJ yang ringkas itu, ataupun sedan khas untuk…