Acura NSX Type S Active Aero Study untuk Pikes Peak 2023

oleh Muhammad Md Tajudin|
Acura NSX Type S Active Aero Study
Acura NSX Type S Active Aero Study
Perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb di Colorado, Amerika Syarikat mempunyai cabaran tersendiri.

Sejak 1916, pelumba dari serata dunia dengan pelbagai kenderaan datang untuk bersaing ke puncak gunung.

Mencabar atau tidak? Pikes Peak ada 156 selekoh dan dimulakan pada aras 9,930 kaki dan merentasi 19.98 kilometer untuk ke puncak setinggi 14,115 kaki.

Perlumbaan tahun ini yang berlangsung pada 25 Jun menyaksikan Acura menghantar empat buah kereta sekaligus!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Acura NSX Type S Active Aero Study

 

Senarai model terdiri daripada NSX Type S, TLX Type S, TLX Type S PMC Edition (pace car), Integra 1.5T dan Integra Type S yang baru sahaja dilancarkan.

Acura NSX Type S Active Aero Study

Dari muncung yang ekstrem, jelas kereta ini dibuat untuk aerodinamik. Kereta ini sebenarnya projek kedua selepas Honda CR-V "Beast" yang pernah Careta paparkan.

Sama seperti CR-V Beast, NSX Type S Active Aero Study adalah hasil Crazy New iaitu sekumpulan kakitangan Honda Amerika Utara.

 

Acura NSX Type S Active Aero Study

 

Kit badan dibuat khas untuk mengekalkan daya mendap dan mengurangkan seretan. 

Bukan sekadar imaginasi, kit tersebut dibentuk di dalam terowong angin tercanggih dunia di makmal Honda di Ohio.

Sayap belakang berfungsi sebagai sistem pengurangan seretan (DRS) bagi meningkatkan kelajuan pada sesetengah bahagian litar.

Sayap kawalan elektrik itu turut berfungsi sebagai brek udara dengan meningkatkan seretan dan keseimbangan.

 

Acura NSX Type S Active Aero Study

 

Acura NSX Type S Active Aero Study dikemudi oleh jurutera Honda, James Robinson dan berpengalaman dalam perlumbaan Pikes Peak.

Beliau juga pemegang rekod bagi kategori bahan api Hibrid dengan masa 10:01.913 pada 2020 menggunakan NSX.

Penyertaan kali ini bagi mencipta rekod baharu Acura.

HPD Integra Type S

 

HPD Integra Type S

 

HPD Integra Type S ini adalah jelmaan Integra Type S yang baru sahaja diperkenalkan dan dipandu oleh Loni Unser dan generasi keempat dalam keluarga pelumba.

Ayah beliau, Johnny berlumba dalam Indianapolis 500 dan ahli keluarga lain, Al, Bobby dan Al, Jr. menang sembilan kali kejohanan Indy 500.

Tradisi keluarga dalam Pikes Peak bermula pada 1926 dan secara keseluruhannya keluarga Unser menang 26 kali perlumbaan Pikes Peak!

 

HART Integra 1.5T

 

Sebuah lagi model iaitu HART Integra 1.5T dipandu oleh jurutera Acura, Paul Hubers dan kali kedua menyertai Pikes Peak. 

Seorang lagi jurutera Acura dan orang lama dalam Pikes Peak, Jordan Guitar memandu TLX Type S yang juga disiapkan oleh HART (Honda of America Racing Team).

 

HART TLX Type S


Spesifikasi kereta lumba Acura dalam Pikes Peak 2023:

HART NSX Type S Active Aero Study

  • Kit custom: Pemisah depan, peresap belakang dan sayap DRS
  • Turbo baharu dengan saiz lebih besar
  • Perisian pengurusan enjin yang dipertingkat
  • Pengurangan berat lebih 90.7 kg
  • Rim tempa ringan HRE, tayar Yokohama Advan A005

HPD Integra Type S

  • Kit custom: Tukup enjin, pemisah depan, sayap belakang gentian karbon dengan tiang leher angsa
  • Ekzos Borla
  • Rim Titan 7 19 inci, tayar Yokohama Advan A005

HART Integra 1.5T

  • Penyerap hentak Bilstein, pegas Eibach
  • Kit suspensi HPD TCA 
  • LSD Cusco Racing
  • Rim ringan tempa HRE 18 inci, tayar Yokohama Advan A005
  • Cagak enjin HPD 
  • Ekzos Borla
  • Penutup lantai bawah aerodinamik
  • Kerusi lumba, stereng tali pinggang keledar OMP

HART TLX Type S

  • Turbo baharu lebih besar 
  • Tambahan penyejukan enjin
  • Talaan semula pada enjin, transmisi dan sistem perisian pacuan SH-AWD®
  • Suspensi direndahkan satu inci
  • Pad brek dengan kompaun perlumbaan
  • Rim ringan tempat HRE 19 inci, tayar Yokohama Advan A005 tires
  • Tukup enjin gentian karbon
  • Pemisah depan, sayap belakang dan 'dive planes' komposit
  • Pengurangan berat lebih 272 kg

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

HART TLX Type S