Acura NSX Type S nampak klasik dengan liveri Motul

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-50, syarikat minyak Perancis, Motul memperlihatkan sebuah Acura NSX Type S yang dipakaikan liveri khas dengan tema retro.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada itu, Motul juga merupakan penaja utama bagi perlumbaan Acura Grand Prix of Long Beach yang bakal berlangsung pada 24 hingga 26 September ini, jadi ia merupakan satu platform yang cukup baik untuk memperlihatkan jentera terakhir NSX itu, selain mempromosikan produk minyak formula terbaharu Motul di pasaran tersebut.
 

NSX


Meskipun prestasi jualan Acura NSX sebelum ini agak merudum, namun nasib yang sama tidak terpakai pada model Acura NSX Type S yang baru dilancarkan tempoh hari, di mana kesemua 300 unit yang dikhususkan untuk pasaran Amerika telah pun habis ditempah dalam masa 24 jam.

Bukan itu sahaja, Acura masih lagi mempunyai senarai menunggu lebih daripada 100 orang semata-mata mahukan kereta terakhir NSX itu.
 

NSX


Acura NSX Type S mungkin sekali menjadi model NSX yang terakhir, namun menurut Jon Ikeda selaku naib presiden Acura menjelaskan, NSX mungkin akan berevolusi menjadi sebuah kereta sports berkuasa elektrik pada masa akan datang.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, unit terakhir yang keluar dari barisan produksi merupakan sebuah NSX Type S, dengan…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Global
Unit terakhir itu merupakan sebuah NSX Type S yang diperkenalkan pada tahun lalu, dan angka…