Ada apa dengan buluh? Ford mahu cari jawapan untuk kegunaan kenderaan akan datang

oleh Careta.my|
Ada-apa-dengan-buluh-Ford-mahu-cari-jawapan-untuk-kegunaan-kenderaan-akan-datang-2017.01.jpg
Ada-apa-dengan-buluh-Ford-mahu-cari-jawapan-untuk-kegunaan-kenderaan-akan-datang-2017.01.jpg
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Buluh sebenarnya adalah tumbuhan yang hebat diciptakan oleh Tuhan. Kita biasa nampak buluh ditimpa angin kuat tetapi jarang sekali ia tumbang. Selain daripada itu, kita mungkin juga pernah duduk di atasnya, gunakan sebagai bahan binaan dan ia wajib dalam proses membuat lemang atau meriam buluh. Ford tidak mahu berhenti setakat itu kerana mereka tahu buluh ialah di antara bahan semulajadi yang paling kuat di dunia. Melalui pelaburan dalam bidang penyelidikan, kita boleh saksikan pelbagai bahan baharu telah terhasil seperti gentian kaca yang sangat kuat dan aluminium yang sangat ringan. Namun di sekeliling kita terdapat bahan semula jadi yang sedang tumbuh pada kadar tiga kaki sehari. Dipercayai tidak lama lagi, buluh dan gabungan plastik akan mula digunakan dalam kenderaan seperti pada permukaan interior dan khabarnya ia sangat kuat. "Buluh adalah tumbuhan yang menakjubkan, ia kuat, fleksibel, senang tumbuh dan begitu banyak terdapat di China dan serata Asia" ujar Penyelia Kejuruteraan Bahan, Pusat Penyelidikan dan Kejuruteraan Ford di Nanjing. Kebaikan buluh sebenarnya telah diperakui sejak lebih dari seratus tahun lalu, Thomas Edison sendiri pernah bereksperimen dengan tumbuhan itu apabila mahu menghasilkan lampu pertama. Dalam bidang pembinaan pula, kekuatan tensil (atau berapa kuat ia boleh bertahan daripada dipisahkan) memang sudah terakui dan ia sebenarnya boleh dibandingkan dengan atau lebih baik berbanding sesetengah jenis besi. Selain daripada itu, buluh hanya memerlukan dua hingga lima tahun untuk tumbuh matang berbanding berpuluh tahun lamanya yang diperlukan pokok kayu lain. Buluh juga adalah tumbuhan yang senang hidup. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ford telah bekerjasama dengan beberapa vendor bagi mengkaji kebolehgunaan buluh dalam interior kenderaan. Mereka juga mahu menghasilkan beberapa perkakasan yang sangat kuat melalui gabungan plastik. Hasil kajian itu telah mendapati secara keseluruhannya, buluh mempunyai prestasi lebih baik berbanding bahan sintetik dan gentian semula jadi lain. Penyelidikan itu menggunakan pelbagai medan ujian seperti kekuatan tensil dan kekuatan impak. Ia turut dipanaskan sehingga 212 darjah farenheit bagi melihat sama ada boleh bertahan atau sebaliknya. Jika penggunaan bahan ini menjadi realiti, apabila ada yang mengetuk papan pemuka atau kulit pintu dalam kereta anda, maka boleh lah jawab "Ini diperbuat daripada buluh!" Penulis: Muhammad Md Tajudin