Ada Rivian di sebalik kelibat Ford F-150

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Rivian merupakan antara syarikat startup yang kian meniti namanya dipersada dunia, terima kasih kepada pengenalan produk trak pikap EV R1T dan SUV R1S baru-baru ini. 

Tambah menarik apabila mereka turut menerima pelaburan besar yang diketuai oleh Amazon, dengan jumlah bernilai $700 juta (RM2.851 billion). 

Dengan duit yang cukup besar, orang awam terutama di Amerika sepatutnya sudah pun melihat kelibat unit ujian Rivian melata di atas jalan raya.

Namun, hakikatnya tiada. Kenapa? 

 


Trak EV ujian Rivian sebenarnya bersembunyi di balik kulit F-150!

Ketika bercakap kepada Detroit Free Press, ketua eksekutif Rivian R.J Scaringe mengakui bahawa mereka sedang menguji platform papan seluncur dengan memakai panel badan daripada Ford F-150.

Oleh kerana jarak antara roda (wheelbase) yang sama pada kedua-dua model tersebut, ia tidak mendatangkan sebarang masalah kepada Rivian untuk melakukan penyamaran walaupun pada hakikatnya tiada sebarang persamaan komponen langsung. 

Dengan cara ini, Rivian sebenarnya sudah berjaya mengaburi pandangan awam dalam melakukan ujian dunia sebenar terhadap trak pikap elektrik mereka. 

 


Walaupun berahsia, Rivian tidak lokek memberitahu bahawa fasa pembangunan kenderaan mereka masih lagi di dalam peringkat awal. 

"Kami tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang dan akhirnya janji tersebut tidak kesampaian, biarlah kami melakukan apa yang sepatutnya," ujar Scaringe.

Beliau turut menegur sesetengah syarikat startup yang beria-ia mempersembahkan produk dengan cemerlang namun hasil akhirnya tidak begitu memberangsangkan.

Rivian akan cuba untuk memecahkan pandangan tipikal tersebut. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rivian, yang didokong oleh gergasi Amazon berkata panggil semula itu aadalah bertujuan untuk…
Berita Global
Amazon.com juga memiliki lebih kurang 20 peratus saham Rivian dan ia sudah menempah lebih dari 100,…
Berita Global
Antara opsyen yang menarik perhatian ramai ialah dapur terbina dalam yang boleh menggelungsur…