Adakah ini gambaran sebenar generasi baharu Kia Sportage?

oleh Mohamad Hanif|
Kebelakangan ini, beberapa media antarabangsa mula melaporkan terdapat kelibat model ujian generasi baharu Kia Sportage yang penuh dengan pelekat samaran di parkir lot.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan informasi tersebut, Gotcha Cars telah pun hadir dengan imej rendering yang mungkin memperlihatkan rupa sebenar generasi baharu Kia Sportage.

Dari segi penampilan, Kia Sportage baharu ini membawakan rupa paras yang tersendiri, walaupun ia sebenarnya menggunakan platform yang sama digunakan oleh Hyundai Tucson.

Selain daripada bampar yang agak tajam, unit lampu utama direka agak bersegi dengan lampu nyalaan siang DRL yang agak besar, sementara bukaan gril pula menampakkan elemen hidung harimau berkembar.

Kia Sportage generasi baharu ini juga dijangka membawakan penawaran enjin yang sama seperti yang terdapat pada Hyundai Tucson, iaitu enjin 2.5 liter (187 hp/241 Nm), atau enjin hibrid 1.6 liter turbo yang menghasilkan 226 hp dan 350 Nm.

Kia Sportage bakal dilancarkan di peringkat global pada bulan ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mazda CX-5 facelift ini telah pun dinampakkan di Malaysia pada November lalu, dan menurut beberapa…
Berita Global
Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kesemua model tersebut…
Berita Global
  Daripada jumlah tersebut, model paling laris ialah Sportage dengan jumlah 452,068 unit! …