Adakah ini generasi baharu 86/BRZ?

oleh Mohamad Hanif|
Dengan berakhirnya fasa produksi bagi kedua-dua kembar Toyota GT86 dan Subaru BRZ, sebuah prototaip dikesan sedang diuji di Amerika Syarikat dipercayai merupakan generasi terbaharu bagi kereta sports Jepun itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Creative311 dan video daripada Instagram kystify, kelibat model ujian tersebut dikesan berada di Ann Arbor Michigan, berdekatan dengan fasiliti kejuruteraan Toyota.

Walaupun kelibatnya hanya dipaparkan dalam masa beberapa saat sahaja, ia sudah cukup untuk memberikan gambaran kasar terhadap generasi baharu 86/BRZ.

 


Apa yang boleh diperhatikan, perubahan besar boleh dilihat pada rekaan muka yang lebih bersih, mengingatkan kita kepada model konsep GRMN Sorts FR Concept Platinum 2013.

Manakala bahagian belakang pula menampilkan rekaan lampu yang lebih lebar, dengan rekaan bootlid yang menyamai GR Supra, serta kehadiran paip ekzos berkembar di bahagian tersebut.

Beberapa laporan terdahulu mencadangkan bahawa generasi baharu 86/BRZ bakal menerima enjin baharu berkapasiti 2.4 liter yang berupaya menghasilkan 220 PS dan 240 Nm, sistem transmisi manual atau transmisi automatik.

Selain daripada itu, terdapat ura-ura Toyota akan membuang penggunaan aksara GT dan digantikan dengan 'GR', menjadikan ia sebahagian daripada keluarga berprestasi tinggi Gazoo Racing selepas GR Supra dan GR Yaris.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengumuman ini turut menandakan pengakhiran produksi buat Toyota GT86 yang dipasang di kilang…
Berita Global
Ini kerana, berbeza dengan laporan yang pernah kami terbitkan sebelum ini, laman tersebut…
Berita Global
Subaru pula nampaknya mengikuti jejak langkah yang serupa untuk model BRZ dengan melancarkan versi…