Adakah ini imej sebenar Nissan 400Z?

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Motoring AU
Dengan hanya bergantung kepada video teaser yang diterbitkan oleh Nissan beberapa bulan yang lalu, serta informasi yang telah pun dikorek, beberapa laman web automotif telah mula memperlihatkan imej rendering bagi memberikan gambaran generasi baharu Nissan Z (atau nama lainnya Nissan 400Z).

Laman web Motoring AU berjaya memperoleh sebuah ilustrasi Nissan 400Z yang dikatakan mimik brosur produk dari Nissan Jepun.

Imej rendering tersebut dikatakan bertepatan dengan informasi di mana Nissan 400Z mempunyai reka bentuk seakan sebuah Datsun 240Z, diikuti dengan rekaan lampu hadapan, manakala rekaan lampu belakang pula seakan sebuah Nissan 300ZX.

 

sumber: AutoExpress UK


Sementara laman web AutoExpress UK pula berjaya menghasilkan dua buah imej rendering dan kedua-dua laman web itu tadi memberikan kepada kita gambaran yang lebih jelas rupa sebenar Nissan 400Z yang dijadualkan pengenalannya menjelang tahun 2022.

Nissan 400Z merupakan model pewaris kepada Nissan 370Z di mana ia akan didatangkan dengan nadi 3.0 liter bentangan V6 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 400 kuasa kuda.

Nissan menggunakan platform sedia ada daripada model Infiniti, di mana platform ini menyediakan konfigurasi pacuan roda belakang - pelantar yang bersesuaian untuk membangunkan pesaing kepada Toyota GR Supra.

Selain daripada itu, Nissan 400Z bakal membawakan elemen-elemen klasik yang terdapat pada model-model Z terdahulu, seperti contoh reka bentuk hadapan daripada 240Z, manakala rekaan belakang diinspirasikan daripada Nissan 300ZX.

 

sumber: AutoExpress UK


Walaupun Nissan kini menumpukan perhatian kepada trenkuasa hibrid dan elektrik, laman Auto Express menyebut bahawa trenkuasa tersebut tidak akan membuat kemunculan pada Nissan 400Z dan akan bergantung sepenuhnya pada nadi enjin pembakaran dalaman.

Pengganti Nissan 370Z ini difahamkan akan dijual di pasaran utama Nissan, seperti Amerika Utara, China, dan juga Eropah.


Sumber: Motoring AU, AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Umum juga mengetahui bahawa rekaan sebenar versi produksi Nissan Z (atau Nissan 400Z berdasarkan…
Berita Global
Meskipun gambar tersebut dilihat kabur (atau sengaja dikaburkan), ia menampilkan tempat duduk yang…
Berita Global
Ini dibuktikan dengan lebih jelas lagi menerusi gambar bocor yang baharu sahaja diperoleh Autoblog…