Adakah ini rupa sebenar Honda Civic 2025 facelift?

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda perasan, tiada sebarang perubahan ketara dilihat sejak generasi kesebelas Honda Civic dilancarkan di peringkat global pada tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keadaan tersebut mungkin bakal berubah dalam masa terdekat, berdasarkan pengumuman terbaharu yang dibuat oleh Honda Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Honda US mengesahkan model sedan Civic  itu akan menerima versi facelift untuk model tahun 2025, membawakan perubahan dari segi penggayaan serta naik taraf pada ruang kabin.
 

civic


Selain daripada itu, terdapat varian hibrid baharu yang akan ditawarkan untuk kedua-dua model sedan dan hatchback.

Merujuk kepada dua keping imej yang dibekalkan, struktur bampar hadapan Civic 2025 itu dilihat menyamai Civic RS Prototype yang diperlihatkan di Tokyo Auto Salon 2024 baru-baru ini, diikuti dengan rekaan rim baharu serta perumah lampu kabus depan yang telah dibuang.

Selain daripada Civic hibrid, Honda US akan turut mengemaskini penawaran bagi model Odyssey, serta memperkenalkan dua model sifar emisi baharu, iaitu Prologue EV dan CR-V FCEV.

Baca: Honda Prologue EV

Baca: Honda CR-V FCEV

Baca: Honda Civic RS Protoype @ TAS 2024