Adakah ini rupa sebenar Honda Civic Type R 2023?

oleh Mohamad Hanif|
Honda bakal melancarkan secara rasmi hot hatch Civic Type R generasi baharu pada 21 Julai ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, belum pun sempat tirai disingkap, para peminat jentera pacuan roda depan itu kini boleh melihat dengan jelas rupa paras sebenar pengganti kepada Civic Type R FK8 itu.

Berbanding Civic Type R FK8 yang lebih Gundam reka bentuknya, Honda membawakan pendekatan yang lebih minimalis pada generasi baharu ini, sama seperti apa yang diperlihatkan pada model sedan dan hatchback standard.
 

Civic


Sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah jentera pantas, sudah pasti beberapa aspek telah dipertingkatkan seperti contoh bampar hadapan yang lebih agresif dengan bukaan bawah yang lebih besar, bukaan gril yang lebih besar untuk tujuan penyejukan, diikuti dengan penggunaan tayar yang lebih lebar dan pemasangan sayap kekal di bahagian belakang.

Sekali imbas, kita juga boleh melihat Honda Civic Type R baharu ini akan menampilkan tempat duduk dan tali pinggang keledar berwarna merah, sama seperti yang ditampilkan pada model terdahulu.
 

Civic Type R


Spesifikasi sebenar model pantas ini juga belum didedahkan secara rasmi, namun ia dijangka membawakan nadi 2.0 liter turbo sedia ada (K20C1) yang telah ditala dengan peningkatan kuasa yang lebih signifikan berbanding Civic Type R FK8 (306 hp/400 Nm).

Lebih banyak butiran lanjut bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi dalam masa beberapa hari ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Honda Civic Type R 2023 membawakan nadi turbo 2.0 liter…
Berita Global
  Seperkara yang perlu diketahui, output enjin Civic Type R bergantung kepada pasaran sebagai…