Adakah ini rupa sebenar Iriz Active 2021?

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Wapcar
Tidak cukup dengan gambar intip yang kami peroleh sebelum ini, muncul pula beberapa keping gambar bagi model yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat, iaitu Iriz Active.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada rakan media Wapcar, ini merupakan versi yang lebih jelas dan lebih terperinci, memperlihatkan beberapa perubahan menarik yang dibawakan pada Iriz versi crossover ini.

 

sumber: Wapcar


Antara perubahan yang ketara adalah penampilan bampar hadapan dengan rekaan yang lebih agresif, diikuti dengan trim perak/hitam berkilat, serta perumah lampu nyalaan siang serba baharu.

Di bahagian sisi, keempat-empat arca roda kini menampilkan pemasangan cladding plastik yang agak tebal, diikuti dengan rim besaiz 16 inci dua tona, skirt sisi dengan kemasan krom diikuti dengan pemasangan rel bumbung, mencukupkan syarat sebagai sebuah 'crossover'.

 

sumber: Automachi


Tidak seperti gambar terdahulu yang agak kabur, gambar terbaharu kali ini jelas menunjukkan bentuk sebenar papan pemuka Iriz serba baharu dengan kemasan warna merah, skrin inforhibur jenis terapung serta kawalan pendingin hawa jenis digital.

Nantikan sahaja informasi lanjut menjelang pelancaran rasmi kembar Iriz dan Persona MC2, serta tidak ketinggalan Iriz Active yang bakal menceriakan segmen kenderaan ala-ala crossover ini.

Sumber: Wapcar

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini dibuktikan dengan lebih jelas lagi menerusi gambar bocor yang baharu sahaja diperoleh Autoblog…
Berita Global
Generasi baharu hatchback segmen B Honda Jazz kini sedang giat diuji dan nampaknya anda tidak perlu…
Berita Domestik
Semakin hari semakin terdedah segala perincian berkenaan Proton Saga facelift yang bakal…