Adakah ini rupa sebenar Mustang generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Generasi keenam Ford Mustang (kod dalaman S-550) telah pun berada di pasaran sejak dari tahun 2015 lagi, dan sudah tiba masanya untuk Ford menggantikan model tersebut dengan generasi baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Unit ujian Mustang generasi baharu (kod S-650) telah pun lama dikesan oleh media antarabangsa, namun imej sebenar muka depan Ford Mustang generasi ketujuh muncul buat kali pertama di laman forum Mustang7g tanpa sebarang pelekat samaran.

Selain daripada itu, laman Ford Authority turut memuatnaik satu lagi gambar Mustang generasi baharu dengan rupa paras yang berbeza (berkemungkinan untuk pasaran global), namun artikel tersebut nampaknya telah pun dipadamkan.
 

Mustang


Tidak seperti Mustang generasi terkini, Mustang generasi baharu nampaknya bakal membawakan imej yang lebih matang, unit lampu depan yang lebih nipis, rekaan gril yang lebih besar, serta rekaan bampar yang berbeza mungkin mengikut varian yang ditawarkan.

Ford diberitakan untuk menawarkan trenkuasa hibrid 2.3 liter EcoBoost, diikuti dengan enjin bentangan V8 5.0 liter yang dipertingkatkan (juga dengan bantuan hibrid), di mana ia mampu menawarkan kuasa daya kilas yang lebih pada putaran enjin yang lebih rendah.

Mustang generasi ketujuh bakal dilancarkan pada tahun depan dan akan dijual sebagai model tahun 2024.

Sumber: Mustang7g, Ford Authority

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…