Adakah ini Suzuki GSX-S250?

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sekitar tahun lalu, rakan kongsi Suzuki di China, Haojue Holdings telah mempamerkan sebuah motosikal DR300 pada acara Chongqing Motor Show. 

Jika anda perhatikan, Haojue DR300 sebenarnya adalah sebuah motosikal street-fighter Suzuki GSX-S300 yang tampak garang dan diberitakan bakal membuat perjalanan rasmi ke India tidak lama lagi. 

Di India, Suzuki tiada sebarang penawaran bagi motosikal segmen suku liter dan dikatakan ia bakal dilancarkan tidak lama lagi dengan nama GSX-S250. 
 


Seperti GSX-S150 (Gixxer 150), Gixxer 250 juga bakal ditawarkan dalam dua varian iaitu versi naked dan fairing penuh, memberikan pilihan kepada segmen motosikal suku liter di sana. 

Dari segi enjin pula, ia bakal dikuasakan oleh enjin silinder tunggal yang mampu menghasilkan 25 kuasa kuda, dan tidak mustahil versi lebih berkuasa yang terdapat pada GSX250R bakal ditawarkan sama. 

Skrin LCD dan lampu LED kini sudah menjadi kelaziman di dalam industri dua roda dan dua item ini dijangka bakal dimuatkan sama pada model baharu ini. 
 


Dikhabarkan motosikal suku liter Suzuki ini bakal membuat kemunculan rasmi pada 20 Mei ini di India, berdasarkan jemputan yang telah diterima oleh pengamal media di sana. 

Sumber: Motoroids

Berita Berkenaan

Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
Antara model yang dimaksudkan termasuklah Suzuki Ertiga (Toyota Rumion), Suzuki Brezza (Toyota…