Aduan jalan rosak, dinaiki air meningkat pada September

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Bilangan aduan berkaitan jalan rosak dan dilanda banjir di negara ini disebabkan hujan lebat meningkat sepanjang September lalu.

Ia berikutan Monsun Timur Laut yang melanda negara dari Mei sehingga September lalu selain Monsun Barat Daya dari September hingga Mac depan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi tempoh itu pihaknya menerima sebanyak 549 aduan jalan rosak membabitkan Jalan Persekutuan dan negeri.

Katanya, pada bulan Ogos lalu, pihaknya menerima 347 aduan dan pada bulan sebelumnya sebanyak 206 aduan yang diterima menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

"Bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan terus memantau data aduan berkaitan jalan rosak dan jalan dinaiki air dari semasa ke semasa, terutamanya ketika Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada November sehingga Mac 2024," katanya kepada Berita Harian.

Alexander berkata selain aplikasi MYJalan, JKR turut membuat pemantauan aduan melalui 12 saluran aduan awam iaitu SISPAA JKR, emel Aduan JKR, SISPAA Kementerian Kerja Raya (KKR), emel telekomunikasi, surat/faks, lisan ke pejabat, talian telefon, Malaysia Government Call Centre, akhbar, Biro Pengaduan Awam dan Respon Rakyat.

Katanya, pihak konsesi yang dilantik mengadakan pemantauan secara berkala di tapak bagi memastikan keadaan jalan raya sentiasa di tahap optimum.

"Namun, sebagai langkah berjaga-jaga dan kawalan dalaman, beberapa skop kerja telah dikenalpasti untuk diberi perhatian terutamanya di peringkat negeri dan daerah.

"Ini termasuk menjalankan pemeriksaan dengan lebih kerap di longkang, pembentung dan kawasan sekitar supaya berada di dalam keadaan baik serta tidak tersumbat bagi memastikan pengaliran air tidak terhalang.

"Memastikan longkang dibersihkan mengikut jadual yang ditetapkan dan mengeluarkan bendasing boleh menghalang aliran air di dalam longkang.

"Bagi menghadapi peralihan Monsun Timur Laut, JKR daerah melalui konsesi yang dilantik meneliti keperluan bagi melaksanakan kerja pembersihan longkang lebih awal walaupun pusingan kerja dijadualkan pada November atau Disember bagi memastikan longkang tidak tersumbat," katanya.

Selain itu, Alexander berkata pihaknya turut menumpukan kepada penyenggaraan bahu jalan dengan memastikan ia berada dalam keadaan baik dan tidak menyebabkan air bertakung di atas jalan raya seterusnya mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Katanya, pihaknya juga memastikan semua tebing dan tanah yang dipotong sentiasa diawasi jika mempunyai ada tanda runtuhan dan tindakan membaiki tanah runtuh perlu dijalankan mengikut keperluan.

"KKR juga memastikan jalan dan jambatan yang rosak dibaiki segera manakala kawasan di sekitar jambatan dan pembentung yang menghalang pengaliran air serta boleh menyebabkan berlaku banjir dibersihkan.

"Kita juga mengenal pasti pokok yang difikirkan akan mendatangkan bahaya dan mungkin tumbang melintangi jalan jika berlaku kejadian angin kencang," katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata bagi kerja dan projek penyelenggaraan yang dilakukan JKR, daripada 9,349 kerja-kerja…
Berita Domestik
Alexander berkata, kerosakan jalan raya adalah antara perkara yang kerap ditularkan. Beliau…
Informasi
"Saya sendiri sudah melakukan lawatan ke Hulu Langat, November lalu, dan ia (garisan jalan…