Aerodyne: Kami tidak fokus pada kereta terbang pun!

oleh HEZERI SAMSURI|
Aerodyne, syarikat yang dibabitkan dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) menegaskan syarikat itu tidak terbabit dalam projek kereta terbang seperti yang diterangkan.

Menurut CEO syarikat tersebut, Kamarul A Muhamed yang menerangkan situasi sebenar melalui Facebook beliau, secara rasminya Aerodyne tidak mahu memberikan sebarang komen kerana laporan itu lebih kepada "serangan peribadi" untuk Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Redzuan Yusof.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah ialah apa yang dikatakan oleh Kamarul.

1. Beliau menjemput siasatan audit dilakukan kerana tidak ada satu sen pun dana rakyat yang digunakan untuk projek Urban Air Mobility (UAM) atau yang digelar oleh Redzuan, kereta terbang.

2. Sebarang projek pembangunan untuk UAM telah dibekukan mulai Ogos lalu kerana Aerodyne sedang berkembang pesat secara global dalam industri terasnya, perniagaan berdasarkan dron. Projek "kereta terbang" atau UAM adalah satu projek jangka masa panjang dan tidak akan menjadi satu perkara umum sehingga seawal 2025 mungkin. Tidak ada sebab untuk Aerodyne memberikan tumpuan kepada projek tersebut.

3. Aerodyne mendapat pelaburan sebanyak US$30 juta dari pelabur-pelabur asing dari Indonesia, Korea, China dan Jepun, termasuk RM20 juta dari VentureTech Malaysia. Pelaburan itu adalah 100 peratus berkaitan pengembangan perniagaan dron dan tidak untuk projek lain. Segala laporan berkaitan pelaburan ini adalah informasi umum.

 

 

4. Aerodyne tidak pernah meminta Kementerian Pembangunan Usahawan untuk sebarang bantuan, kecuali atas dasar menghasilkan garis panduan dan akta berkaitan dron di Malaysia.

5. Aerodyne, sebuah syarikat Bumiputra kini mempunyai seramai 330 orang pekerja di 25 negara dan ia hanya menerima sedikit bantuan dari kerajaan. Aerodyne tidak pernah mengambil sebarang geran bantuan dari mana-mana agensi kerajaan, walaupun pernah ditawarkan geran bantuan bernilai RM2 juta dari MDEC. Aerodyne menolaknya kerana mereka percaya geran bantuan itu lebih baik diberikan kepada syarikat yang memerlukan. MDEC walaubagaimanapun membantu Aerodyne dalam usaha mereka mengembangkan perniagaan dron secara global ke negara-negara lain.

6. Kali pertama Aerodyne berjumpa dengan MED dan beberapa agensi kerajaan yang lain pada awal tahun ini, ia adalah kerana Aerodyne mahu membantu negara dengan memberikan pandangan agar Malaysia boleh maju di masa hadapan. Kamarul tidak sangka usaha itu akan berpaling tadah dan menjadi duri kepada Aerodyne.

 

 

7. PAC tidak pernah memanggil Kamarul untuk sebarang sesi soal jawab. "Saya tidak berminat dengan politik," ujar Kamarul.

Aerodyne ialah salah satu dari 10 syarikat perniagaan berasaskan dron paling berjaya di dunia. Ia melakukan perkhidmatan teknikal berkaitan atau menggunakan dron - seperti membuat kawalan dan pantauan kawasan/aset dengan menggunakan dron dan sebagainya.

Kamarul kemudian mengingatkan pembaca Facebooknya kenapa Grab tidak mahu berpengkalan di Malaysia dan kenapa Malaysia masih tidak ada syarikat teknologi baharu yang berpusat di dalam negara - kerana politik.

Kamarul juga menegaskan jika unsur-unsur politik tetap dimasukkan dalam industri-industri, jangan terkejut jika Aerodyne memindahkan ibu pejabat mereka ke Tokyo, Shenzhen atau Silicon Valley.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui perjanjian itu, terdapat inisiatif yang akan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran dron…
Berita Domestik
Kini, kepakaran Aerodyne bakal dipergunakan sebaiknya menerusi kerjasama dengan DHL Express…
Berita Domestik
Careta diberitahu bahawa Vector ini bukanlah kereta terbang yang diumumkan oleh Redzuan pada awal…