Beliau menyatakannya pada sidang media selepas majlis pecah tanah Taman Aero Selangor (SAP) di Sepang pada Khamis.
"Hari ini kita fokus kepada Taman Aero Selangor dahulu. Aerotrain KLIA akan kembali beroperasi dalam masa terdekat. Saya akan melakukan sidang media mengenainya," ujarnya.
Perkhidmatan Aerotrain berusia 25 tahun itu digantung pada Mac tahun lalu selepas kerosakan besar yang mengakibatkan 114 penumpang terkandas.
Terdahulu, media melaporkan projek itu tidak dapat memenuhi tarikh untuk beroperasi semula pada 31 Januari lalu berikutan tempoh ujian pemeriksaan masih lagi berlangsung.
Antara faktor yang menyumbang kepada isu kelewatan tersebut antaranya ujian sistem penuh yang perlu dijalankan pihak kontraktor.
Terdahulu, ketika menyempurnakan majlis pecah tanah pembangunan SAP, Anthony berkata SAP akan memperkukuh usaha Malaysia untuk menjadi hab kargo udara terkemuka di ASEAN.
Pembangunan di kawasan berkeluasan 600 ekar itu sejajar rancangan kerajaan untuk memperkukuh kedudukan KLIA sebagai pusat logistik dan aeroangkasa serantau.
Kelebihan yang dimiliki KLIA dengan keluasan 100 kilometer persegi dan ketersambungan baik menjadikannya lokasi ideal untuk pembangunan hab kargo serantau.
"Tiada lapangan terbang lain di rantau ini sebesar itu,” katanya.