Agensi-agensi kerajaan Indonesia gabung untuk buat bateri EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat usahasama antara MIND ID, Aneka Tambang, Perusahan Listrik Negara serta Pertamina bakal menjana industri kenderaan elektrik (EV) untuk negara Indonesia.

Mind ID dan Aneka Tambang, dua syarikat perlombongan milik Indonesia, Perusahan Listrik Negara, syarikat tenaga elektrik Indonesia (seperti TNB) dan syarikat minyak rasmi negara itu, Pertamina bersetuju menubuhkan syarikat Indonesia Battery Holding untuk menjana pertumbuhan kenderaan EV di negara tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Indonesia sudah pun mengumumkan sasarannya iaitu:

  • Menjelang 2025, 20 peratus dari pembuatan kenderaan dalam Indonesia termasuk untuk dieksport ialah dari kenderaan EV atau hibrid.
  • Menjelang 2030, angka itu ditingkatkan kepada 25 peratus.

Menurut laporan GlobalData, Thailand masih lagi di hadapan dalam industri penghasilan EV dan Indonesia masih ketinggalan.

Namun begitu, Animesh Kumar, Pengarah Perunding Automotif untuk GlobalData berkata Indonesia mempunya banyak sumber mineral asli seperti cobalt, zink, manganese dan bijih nikel yang penting dalam penghasilan bateri untuk EV.

Pengharaman eksport sumber mineral tak diproses serta undang-undang EV baharu yang mahukan 80 peratus komponen tempatan untuk kenderaan CKD menjelang 2029 akan memastikan industri bateri EV ini meningkat.

Pada masa sekarang, syarikat pembuat bateri seperti LG Chem Ltd dari Korea dan CATL dari China menggunakan lebihan nikel dari Indonesia untuk penghasilan bateri-bateri mereka.

"Dengan adanya pembabitan kerajaan dan pemain-pemain baharu di dalam penghasilan bateri tempatan, kos untuk komponen tersebut bakal menurun dan harga kenderaan juga akan menurun. 

Ini akan meningkatkan lagi permintaan kenderaan hibrid dan EV di Indonesia," ujar Animesh.

Nama Malaysia langsung tidak disebut di dalam laporan tersebut. Ia mungkin bermakna maklumat tentang perancangan EV di dalam Malaysia tidak diperolehi ataupun industri global sudah tidak lagi mengendahkan Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…
Pelancaran Motosikal
Sedikit berbeza dengan model Alva One yang terdahulu, versi kemas kini terbaharu ini tampil dengan…