Agensi Australia saman VW kerana mudah berikan pinjaman kereta

oleh HEZERI SAMSURI|
Pemerhati korporat Australia sudah memulakan usaha untuk menyaman satu unit Volkswagen AG di mahkamah atas tuduhan tidak melakukan pemeriksaan yang teliti sebelum memberikan pinjaman kepada 49,830 orang pelanggan.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Australian Securities and Investments Commission (ASIC) telah menuduh Volkswagen Financial Services Australia Pty Limited tidak membuat kajian dan pemeriksaan ke atas perbelanjaan harian peminjam dan membuat pertimbangan yang adil sama ada pinjaman itu sesuai atau tidak.

Laporan dari Reuters itu terus menerangkan bahawa unit kredit VW itu beroperasi di seluruh negara Australia untuk memberikan pinjaman bagi pengguna membeli kereta terbaharu dan terpakai.

ASIC berkata unit VW itu telah melanggar undang-undang berkaitan pinjaman dari Disember 2013 sehingga Disember 2016.

Penalti yang boleh dikenakan bermula dari sekitar US$1.17 juta.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Berbekalkan rangkaian kuasa ini, Tiguan dan Passat boleh menunda sehingga 2,200 kilogram (kg)…
Berita Global
   Terbaru Kumpulan Volkswagen mengumumkan angka penghantaran keseluruhan 2024 sebanyak 9.03 juta…
Berita Global
  Tahun 2024 merupakan tempoh sukar buat pengeluar kereta susulan persaingan sengit, peralihan…