Ahli perniagaan bergelar datuk ditahan, SPRM sita wang tunai RM38 juta, 17 kereta mewah dan 200kg emas

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Seorang ahli perniagaan bergelar datuk dan sekutunya ditahan dalam serbuan serentak yang dilakukan Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia – Multi Agency Task Force (MATF) di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor sejak Isnin lalu.

Menerusi operasi kali pertama Pasukan MATF yang diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini telah merampas sejumlah wang tunai anggaran kira-kira RM38 juta hasil penahanan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Satu sumber mendedahkan, hasil tangkapan itu, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 buah kereta mewah antaranya berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz juga telah disita.

Kata sumber itu, operasi dijalankan dengan kerjasama enam agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyber Security Malaysia (CSM).

emas

“Operasi yang diberi nama Op 82S merupakan kes pertama yang dijalankan di bawah Pasukan Petugas MATF yang dipengerusikan oleh Peguam Negara.

“Menerusi operasi ini sekali gus melumpuhkan satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah, pada 24 Julai,” kata sumber itu.

Tambah sumber itu lagi, sebanyak 315 pegawai pelbagai agensi terlibat dalam operasi ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967. 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Katanya, operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML)…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz selaku Penolong Setiausaha Gred M44 ketika itu, didakwa menerima…