Ahli perniagaan taja pengisian bahan api percuma bernilai $50,000

oleh Mohamad Hanif|
Seorang ahli perniagaan di Massachusetts dengan baik hatinya menawarkan pengisian bahan api percuma bernilai $50,000 (RM227,000) bersempena dengan perayaan Thanksgiving yang bakal tiba.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam hantaran di laman mikroblog Twitter, Ernie Boch Jr. menggelarkan usaha murni ini dengan nama "Tanks-Giving" bertempat di Rojo Irving Gas Station Route 1, semalam (23 November).

Promosi ini bermula jam 8 pagi dengan setiap pelanggan dihadkan pengisian sebanyak $75 (RM340.50).

Seorang pengguna memberikan komen, "Ia sangat hebat, saya sedang memandu, dan mendengar pengumuman ini menerusi siaran radio. Jadi saya berpatah balik untuk mendapatkan minyak percuma."

 


Seorang lagi pengguna, Manolis Christo tidak mengetahui berkenaan pemberian minyak percuma itu.

Baginya, membayar untuk pengisian bahan api bukan satu masalah, jadi beliau akan menggunakan duit yang diperuntukkan untuk membantu orang lain.

"Saya fikir, sejak hari ini saya perlu membuat sesuatu yang baik. Ia merupakan satu perkara yang betul untuk dibuat.

Boch sebelum ini membuat penajaan yang serupa pada bulan April, di mana aktiviti tersebut telah diwar-warkan terlebih dahulu yang menyaksikan ratusan pengguna jalan raya beratur untuk mendapatkan minyak percuma.

Program pemberian minyak percuma yang berlangsung bulan April yang lalu hanya mengambil masa kurang dua jam sahaja.

Sumber: WCVB