Ahli politik tak payah masuk perniagaan kereta lah!

oleh HEZERI SAMSURI|
Pagi ini saya sempat berbual dengan seorang rakan lama dalam industri automotif.

Beliau memang orang lama, dan sekarang jawatan yang dipegang pun boleh tahan besar. Tugas beliau cuma satu, "to restore the balance" atau untuk mengembalikan imbangan kerana dalam syarikat beliau, memang ada rombakan besar sebelum ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sambil berborak tentang isu-isu semasa, beliau mengeluh dengan satu masalah lapuk yang sampai hari ini masih wujud.

"Kita memang ada isu dengan kualiti pusat servis. Ada pengurus pusat servis yang langsung tak tahu apa yang terjadi di shop floor (bengkel)," ujarnya kesal.

"Bila kita ambil tindakan, nanti adalah ahli politik atau orang-orang kenamaan yang telefon bertanya kenapa perlu diambil tindakan. Kalau begini, susah kita hendak maju," tambah beliau.

Saya terdiam. Rupanya ada lagi pemimpin jenis kuno begini. Pemimpin yang pandai di hadapan media, tetapi secara realiti, mengira keuntungan peribadi kerana dalam kes pusat servis, memang yang rugi adalah pengguna dan juga jenama kenderaan itu sendiri.

 

 

Selama lebih 25 tahun saya di dalam industri ini, pelbagai cerita yang saya dengar berkaitan perangai kita ada VIP yang mencari rezeki "halal" dalam perniagaan.

Kisah pusat servis yang tidak boleh diganggu-gugat ini cuma perkara kecil kerana saya sendiri pernah mendengar cerita-cerita yang lebih hebat berkaitan industri ini. Betul atau tidak, sukar dipastikan tetapi kalau masalahnya berlanjutan, mungkin ada kebenarannya.

Atau mungkin kita terpaksa turun kepada rakyat sendiri untuk mengadu kerana tekanan sosial dari rakyat mampu membunuh karier politik atau apa pun jawatan. 

Dalam isu ini, yang terkesan adalah tiga golongan - para profesional di agensi-agensi kerajaan yang melakukan perancangan untuk halatuju industri, syarikat-syarikat kenderaan yang terpaksa berhadapan dengan elemen tidak wajar dan menghalang mereka dari terus melabur di Malaysia dan pastinya, pengguna-pengguna seperti kita yang tidak dapat menerima kualiti perkhidmatan terbaik.

Wallahuallam.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Sepanjang pengalaman saya di dalam bidang ini, Proton sering beruntung kerana dapat berselindung di…
Berita Domestik
Dibina atas tanah berkeluasan 38,323 kaki persegi, pusat pameran Autohaus Asbenz Langkawi mempunyai…
Berita Domestik
Atas dasar ingin membantu, Scrut Auto kini melanjutkan tempoh operasi mereka sehingga ke 10 malam…