Ahmad Maslan - KKR akan cuba tampal jalan berlubang dalam tempoh 24 jam

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menjawap soalan di Dewan Rakyat pada Rabu berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk memberikan perkhidmatan berkualiti serta profesional dan berjaya dengan kerja tampalan lubang dibuat dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.

Menurutnya, pada bulan Januari dan Februari tahun ini, sebanyak 774 lubang di jalan-jalan persekutuan berjaya ditampal dalam tempoh 24 jam.

Pada tahun 2023, aduan jalan berlubang yang diterima berjumlah 5,959 dan berjaya ditampal dalam tempoh 24jam.

Selain itu, Ahmad Maslan turut berkata bahawa punca kemalangan jalan raya adalah disebabkan kecuaian, keletihan, had laju, keadaan kenderaan, cuaca dan hujan.

Beliau turut melaporkan bahawa dari data yang diperolehi dari MIROS, punca kemalangan jalan raya, 80 peratus adalah dari sikap manusia, 13 peratus keadaan jalan raya dan 7 peratus adalah dari aspek teknikal kenderaan.

 

Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sebagaimana yang ditularkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kononnya akibat jalan…
Berita Domestik
“Kos pembaikan untuk lubang benam serta banjir lumpur di laluan ini dianggarkan sebanyak RM2 juta…
Berita Domestik
Perkara itu telah dipersetujui dalam Majlis Tindakan Pembangunan Negara (MTPN) yang dipengerusikan…