AIA Family Drive - pelan insurans kereta menyeluruh untuk seisi keluarga

oleh SALINA JALIL|
AIA General Berhad (anak syarikat AIA Bhd.) melancarkan produk flagship pertamanya – Family Drive, sebuah pelan insurans kereta yang memberikan perlindungan menyeluruh ketika di jalan raya serta kemudahan dan penjimatan untuk pemandu-pemandu Malaysia termasuk keluarga mereka menerusi beberapa manfaat yang pertama seumpamanya dalam industri.


Ia adalah insurans kereta pertama di negara ini yang menawarkan diskaun keluarga jika lebih daripada sebuah kereta diinsuranskan di bawah isi rumah yang sama.

 

Family Drive adalah insurans kereta komprehensif yang memberikan perlindungan asas terhadap kerugian dan kerosakan sendiri dan pihak ketiga. Namun tidak seperti pelan lain di pasaran, ia juga didatangkan dengan pelbagai ciri unik yang direka khas untuk kepentingan pelanggan:

 

     1.  Perlindungan 


•    Perlindungan Kemalangan Diri yang memastikan bahawa setiap individu yang menaiki kereta yang diinsuranskan akan dilindungi secara automatik dengan perlindungan sehingga RM250,000. 
•    Perlindungan terhadap liabiliti undang-undang ke atas kecederaan, kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga bagi pemandu dan setiap penumpang.  
•    Perlindungan automatik bagi semua pemandu yang dibenarkan tanpa sebarang kos tambahan. 

 

 

     2.  Kemudahan 


•    Pelanggan akan menerima Elaun Kesulitan sebanyak RM600 bagi setiap kemalangan sekiranya kereta perlu dibaiki di bengkel. 
•    AIA Roadside Assist menyediakan pelbagai perkhidmatan tambah nilai seperti penggantian bateri dan tayar serta penundaan kenderaan, 24/7. Pelanggan juga boleh meminta khidmat bantuan untuk membuat laporan polis serta akan diberikan baucar perkhidmatan e-hailing bagi membantu para pelanggan serta keluarga mereka pulang dengan selamat.  

 


     3.  Simpanan


•    Diskaun Keluarga sebanyak 5 peratus jika pelanggan menginsuranskan dua atau lebih kereta dengan Family Drive.
•    Pengecualian lebihan akan diberikan jika pelanggan membaiki kereta di bengkel panel AIA, dengan jumlah kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh AIA. 

 

 

Eric Chang, Ketua Pegawai Eksekutif AIA General Berhad berkata,“Kami teruja untuk memperkenalkan Family Drive serta ciri-cirinya yang inovatif dan berorientasikan pelanggan ke dalam pasaran insurans motor.

 

Penyelidikan pasaran yang kami jalankan telah mengenal pasti pelbagai kebimbangan pelanggan terutamanya dari segi peningkatan trend dalam kalangan mereka yang berkeluarga yang risau akan keselamatan keluarga mereka dan kesulitan yang dihadapi akibat kemalangan.

 

Dengan penemuan ini, kami telah menghasilkan Family Drive sebagai satu langkah untuk memenuhi keperluan perlindungan para pelanggan kami di jalan raya, sekaligus memberikan mereka pengalaman pemanduan tanpa kerisauan buat seluruh keluarga.”

 


Keselamatan jalan raya terus menjadi kebimbangan di Malaysia, dengan statistik terbaru menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya merupakan punca kematian keempat tertinggi di Malaysia . Malah pada tahun 2018, kemalangan jalan raya adalah punca kematian utama di kalangan rakyat Malaysia yang berusia dari 15 hingga 40 tahun .

 

Statistik-statistik ini menunjukan keperluan untuk mengukuhkan pelan yang melangkaui pelan insurans kereta tradisional yang dapat menangani kebimbangan rakyat Malaysia menerusi tawaran ciri-ciri perlindungan yang dipertingkatkan dan perkhidmatan-perkhidmatan tambah nilai. 

 

Family Drive juga boleh didapati dengan pelbagai pilihan manfaat tambahan yang membolehkan pelanggan meluaskan skop perlindungan mereka. Dengan manfaat Nilai Dipersetujui, para pelanggan boleh mendapatkan perlindungan terhadap penyusutan nilai kereta mereka dengan menetapkan jumlah perlindungan yang dipersetujui semasa membeli polisi tersebut.

 

Manfaat Pengecualian Kos Penambahbaikan pula memastikan para pelanggan dilindungi terhadap sebarang kos alat ganti asli untuk kereta mereka tanpa prosedur atau dokumentasi tambahan ketika membuat tuntutan.

 

Di samping itu, para pelanggan juga boleh memilih manfaat Bencana Alam (Peril Khas) yang melindungi kereta mereka daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh banjir, ribut, tanah runtuh atau bencana alam sekitar. 

 

“Family Drive adalah antara pelan dan polisi insurans inovatif yang pertama daripada pelbagai produk yang bakal dilancarkan oleh AIA General Berhad. Kami akan terus mencabar kebolehan kami untuk berinovasi dan membangunkan produk bagi memenuhi pelbagai keperluan perlindungan pelanggan kami.

 

Sebagai sebuah entiti yang baru, kami teruja tentang masa depan kami dan saya yakin terhadap keupayaan kami untuk menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang berdaya saing dan seterusnya menyumbang kepada industri Insurans Am,” tambah Eric.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Family Drive, produk-produk serta perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AIA General Berhad, layari www.aia.com.my


 

Add new comment