Aidilfitri 2023: PM umum tol Rahmah percuma 4 hari, diskaun semua saman trafik PDRM

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sebentar tadi telah mengumumkan beberapa ikhtiar khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam perutusan khas itu, kerajaan bakal melaksanakan Tol Rahmah Percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk dinikmati oleh semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri ini.

Tol percuma itu akan dilaksanakan selama 4 hari bermula 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin).

Ia akan melibatkan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

Dalam masa yang sama, PDRM akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya)

Setiap saman boleh dibayar dengan kadar harga RM50, dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Penawaran Tol Rahmah percuma tersebut boleh dinikmati selama 4 hari mulai 12:01 pagi, 19 April…