Aidilfitri: 4 jalan di Machang ditutup bermula 7 April - JKR

oleh Penyumbang Rencana|
Empat jalan raya di jajahan Machang akan ditutup sementara kepada pengguna selama seminggu bermula Ahad depan sempena Aidilfitri.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Machang dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan penutupan jalan itu bermula 7 petang (7 April) hingga 12 tengah malam (14 April) bertujuan melancarkan perjalanan pengguna pada musim perayaan nanti.

"Laluan yang terlibat terdiri laluan Tanah Merah ke Paloh Rawa yang ditutup kedua-dua arah dan pengguna boleh menggunakan laluan alternatif dari Tanah Merah-Kg Wakaf Bata-Kelaweh-Paloh Rawa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok Bok ke Kota Bharu dan Machang ke Jalan Tok Bok," menurut JKR.

Para pengguna dinasihati berhati-hati semasa memandu dan mematuhi papan tanda amaran yang disediakan.

 

Bernama