Aidilfitri: ANIH pastikan pengguna Lebuhraya Karak-KL, LPT1 selamat

oleh Mohamad Hanif|
ANIH Berhad komited menyediakan persekitaran yang selamat kepada semua pengguna lebuh raya di bawah kendaliannya sempena sambutan Aidilfitri walaupun berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah ini tetap terus dilaksanakan walaupun syarikat berdepan dengan jumlah penurunan trafik yang ketara kesan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak ia mula diperkenalkan pada 18 Mac lalu.

Justeru itu, ANIH Berhad akan memastikan Bahagian Pengurusan Tol, Pasukan LPT Ronda dan Pusat Pemantauan Trafik (TTC) akan terus beroperasi 24 jam selain mempercepatkan masa tindak balas terhadap sebarang kes diluar jangkaan serta kemalangan.

Semua ini penting bagi memastikan pengguna sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa ketika melakukan perjalanan di sepanjang 250 kilometer Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1).

Menurut Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Dato’ Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, berkata syarikat turut mengaktif dan memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) selaras dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak dari fasa pertama PKP dilaksanakan.

Sehubungan itu, pemandu syarikat logistik serta pengguna yang terpaksa melakukan perjalanan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan memastikan kad Touch ‘n Go (TNG) sentiasa mencukupi.

Ini kerana urusan tambah nilai kad TNG di lorong tol atau di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) di plaza tol ditutup bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Untuk menambah nilai, pengguna dinasihatkan membuat semakan lokasi kiosk tambah nilai layan diri (SSK) menerusi laman web www.touchngo.com.my, selain menggunakan sistem pembayaran Maybank QRPay yang terdapat di hentian berikut:

  • Hentian Sebelah Gombak (arah barat)
  • Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah
  • R&R Temerloh (arah timur/barat)
  • Plaza tol Gambang

Setakat ini, fasiliti seperti kemudahan suran dan gerai makanan kekal ditutup, manakala stesen minyak pula beroperasi dalam tempoh bermula 7 pagi sehingga 10 malam sahaja.

Untuk maklumat terkini berkenaan fasiliti atau keadaan trafik, pengguna boleh melayari laman sosial Twitter di @LPTTrafik serta Facebook Lebuhraya Pantai Timur.

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, aliran trafik dijangka meningkat secara berperingkat ke pantai timur bermula dari 5…
Berita Domestik
Pengecualian pembayaran tol itu akan berkuatkuasa bermula 12.01 tengah malam 11 November dan…
Informasi
"Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala…