Aidilfitri: PLUS keluar jadual Cadangan Waktu Perjalanan untuk tempoh 19 April-1 Mei

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad telah mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sempena cuti perayaan Aidilfitri bermula 19 April hingga 1 Mei 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya tersebut pada hari puncak musim perayaan.

Pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kuala Kangsar-Bukit Merah) dan Johor, dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 9:00 pagi.

Sementara itu, bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat seperti Perak (Tanjung Malim-Ipoh), Negeri Sembilan dan Melaka dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya di antara jam 12:00 tengah hari hingga 3:00 petang.

Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang, pengguna lebuh raya daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9:00 pagi.  
 

PLUS


Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, "kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian di luar jangkaan seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya.

"Oleh itu, kami menggesa orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan keluar dari Lembah Klang sebelum cuti, serta perjalanan kembali ke Lembah Klang selepas bercuti.

Pengguna juga disarankan untuk menggunakan aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan dan maklumat trafik terkini di lebuh raya.

Maklumat trafik terkini juga boleh didapati menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…