Aidilfitri: PUSPAKOM tawar pemeriksaan kereta sukarela percuma

oleh Mohamad Hanif|
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menganjurkan kempen pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma kepada pemandu dan pemilik kenderaan persendirian bermula hari ini hingga 20 April.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Pemilik yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir terus ke mana-mana cawangan PUSPAKOM di seluruh negara bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, kecuali di lokasi Shah Alam (Selangor), Taman Bukit Maluri (Kuala Lumpur) dan Pasir Gudang (Johor).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohammed Shukor Ismail berkata pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir secara terus ke mana-mana cawangan PUSPAKOM di seluruh negara kecuali Shah Alam (Selangor), Taman Bukit Maluri (Kuala Lumpur) dan Pasir Gudang (Johor) dari 8 pagi hingga 5 petang.

Menurut Mohammed Shukor pemeriksaan secara sukarela itu tertumpu kepada aspek keselamatan termasuk pemeriksaan brek, pelincir sisi, tayar, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan serta cermin gelap.

“Kempen ini bertujuan membantu pemilik kenderaan mengetahui kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan komputer, yang seterusnya maklumat ini mereka boleh gunakan sebagai rujukan untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Unit Pemeriksaan Bergerak juga ditawarkan bagi pemeriksaan percuma di beberapa lokasi terpilih yang disenaraikan dalam laman web www.puspakom.com.my atau Facebook, Puspakom Sdn Bhd.

Sumber: Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dari jumlah itu, kira-kira 296,000 buah kenderaan dapat dihindarkan dari berada di atas jalan raya…
Berita Domestik
Langkah tersebut bertujuan untuk mengukuhkan integriti dan mengekalkan amalan tertinggi bagi…
Berita Domestik
Oleh itu, perkhidmatan pemeriksaan berkala itu akan dibuka kepada pihak yang berkelayakan serta…