Air empangan meningkat, 'kereta api terapung' Thailand mendapat perhatian

oleh Penyumbang Rencana|
Beratus-ratus penumpang menaiki ‘kereta api terapung’ pada Ahad (6 November), untuk menikmati perjalanan luar biasa kerana ia melalui salah satu empangan takungan air terbesar di negara itu yang terletak di tengah negara Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kesemua tiket telah habis dijual dengan pantas untuk menaiki kereta api khas itu, di mana penumpang telah menikmati ilusi perjalanan kereta api akuatik akibat kenaikan paras air selepas monsun.


"Pemandangan itu amat menakjubkan, saya sangat kagum," kata penumpang kali pertama berusia 35 tahun, Bunyanuch Pahuyut, yang telah menunggu sejak tahun lalu untuk menempah tiket kereta api terapung itu.


"Saya sangat gembira dan serta-merta menggunakan semua memori telefon bimbit saya untuk mengambil gambar. Saya tidak pernah menyangka Thailand juga mempunyai tapak ajaib seperti ini," tambahnya.


Laluan kereta api terapung itu bermula di ibu kota Bangkok dan melalui empangan Pasak Jolasid yang terletak di wilayah Lop Buri, enam jam perjalanan di landasan tinggi yang berada tepat di atas paras air. Para pegawai berkata ketinggian paras air adalah luar biasa tinggi tahun ini.


Kereta api tersebut telah berhenti di tengah-tengah empangan untuk menurunkan penumpang menikmati pemandangan serta mengambil gambar.


Untuk makluman, laluan khas tersebut yang berlepas dari Bangkok ke empangan Pasak Jolasid, hanya tersedia untuk pelancong pada hujung minggu dari November hingga Februari. 


Semua tiket telah habis dijual sehingga Tahun Baru.

 

floating

 

Astro Awani