AirAsia kenakan semula surcaj bahan api bermula 8 Mac 2022 (esok)

oleh SALINA JALIL|
AirAsia Malaysia (AirAsia) akan mengenakan semula surcaj bahan api mulai 8 Mac 2022 untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa.


Menurut syarikat penerbangan itu, pengenalan semula surcaj bahan api adalah untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang telah melangkaui AS$120 (AS$500) setong sekarang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“AirAsia tidak mengenakan sebarang surcaj bahan api sejak memansuhkannya pada 2015,” katanya dalam kenyataan.

 

AirAsia berkata, bermula 8 Mac semua penerbangan domestik akan dikenakan surcaj bahan api sebanyak RM10, sementara bagi laluan antarabangsa pula antara RM25 hingga RM60, bergantung laluan.

 

Jelasnya, surcaj itu akan dikenakan untuk semua tempahan baharu dan selepas 8 Mac 2022, manakala tempatan sebelum itu tidak terjejas.

 

Mengulas perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AsiaAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, syarikat penerbangan di seluruh dunia terjejas oleh kenaikan harga bahan api yang semakin terus meningkat disebabkan oleh keadaan di Eropah Timur serta faktor luaran lain.

 

“Ini semua telah menyebabkan kami terpaksa mengenakan semula surcaj bahan api, walaupun kami telah berusaha sedaya upaya untuk memansuhkannya selama ini,” katanya.

 

Jelasnya, sejak kali terakhir syarikat memansuhkan surcaj bahan api pada 2015 berikutan harga bahan api global serendah AS$48 (RM200.19) setong pada waktu itu, syarikat telah berdepan dengan beberapa lonjakan harga bahan api yang menyebabkan syarikat penerbangan lain mula mengenakan surcaj.

 

Bagaimanapun, tambah beliau, AirAsia telah menyerap kenaikan harga bahan api yang lalu untuk terus memberikan nilai terbaik kepada tetamunya.

 

“Malangnya, keadaan semasa di mana harga bahan api telah melonjak lebih 160% daripada tahun 2015 telah menjadikan situasi ini tidak lagi mampan.

 

“Kami berharap langkah ini hanyalah sementara. AirAsia akan terus memastikan tambang kami kekal rendah walaupun terdapat surcaj bahan api. Seperti yang kita boleh lihat, syarikat-syarikat penerbangan lain telah pun melaraskan tambang dan meningkatkan caj bahan api dan caj pentadbiran untuk mengatasi kenaikan kos operasi seawal tahun 2018 lagi.

 

“Walaupun berdepan dengan pandemik Covid-19, kami masih berjaya untuk mengawal kos operasi yang semakin meningkat dan terus menawarkan tambang rendah kepada semua.

 

“Kami akan terus memantau keadaan semasa dan pada masa yang sama memanfaatkan inovasi teknologi dan digital sebagai cara untuk mengawal kos dan menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua,” kata beliau.

 

 

– UTUSAN

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…