AirAsia lancar secara rasmi perkhidmatan seru pandu airasia ride

oleh Mohamad Hanif|
AirAsia merupakan pendatang baharu di dalam perkhidmatan seru-pandu dengan melancarkan perkhidmatan tersendiri yang dinamakan sebagai airasia ride, membolehkan pengguna menyusun jadual perjalanan mereka menerusi satu aplikasi sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi perkhidmatan terbaharu ini, airasia ride menjanjikan kadar tambang yang lebih kompetitif, pengalaman yang lebih menyenangkan, serta perjalanan yang lebih selamat dengan barisan pemandu yang sudah 100 peratus divaksinasi.

Serentak dengan itu, airasia ride menawarkan promosi berupa diskaun RM3 untuk para penumpang kali pertama menggunakan kod promo AARIDE3 sehingga 30 September 2021.
 

airasia ride

 

Perkhidmatan airasia ride ini boleh ditempah menerusi aplikasi airasia Super App dengan menekan ikon 'Ride', atau menerusi laman web airasia.com/ride.

Bakal memulakan perkhidmatan seru-pandu di sekitar Lembah Klang, AirAsia turut merancang untuk memperluaskan perkhidmatan ini ke bandar-bandar besar di Malaysia sepanjang tahun ini.

 


Purata tambang perkhidmatan airasia ride adalah serendah RM1 untuk setiap kilometer (tidak termasuk caj tol), dan untuk kemudahan yang lebih menyenangkan, pelanggan juga boleh menempah perjalanan terlebih dahulu, serta ciri khas 'Allstar Ride' yang membolehkan mereka menikmati perjalanan yang dilakukan sendiri oleh juruterbang dan kru kabin AirAsia.

Aplikasi AirAsia Super App boleh dimuat turun menerusi pautan INI.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…