AirAsia tawar diskaun tambang 50% kepada penumpang MyAirline terjejas

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Syarikat AirAsia menawarkan diskaun tambang penerbangan secara eksklusif kepada penumpang MYAirline yang terjejas susulan pergantungan operasi syarikat tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata, langkah itu sebagai sokongan bagi mengurangkan kesulitan rancangan perjalanan mereka yang terganggu.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut beliau, tawaran istimewa itu terpakai kepada semua penumpang MYAirline dengan tempahan penerbangan yang disahkan ke/dari Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Tawau, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Kinabalu-Tawau, dan Don Mueng-Bangkok dan Suvarnabhumi-Bangkok mulai hari ini hingga 30 November depan.

“Untuk menebus tawaran ini, penumpang yang terjejas boleh mengemukakan tempahan penerbangan MYAirline mereka yang disahkan di Kaunter Jualan AirAsia di KL Sentral di Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) di Sepang.

“Ini termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Bharu), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Tawau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau pada masa sama berkata, pihaknya turut bersimpati dengan nasib semua kakitangan penerbangan itu yang berdedikasi ekoran situasi terjejas ini.

 

Utusan Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA bergegas…
Informasi
"Walaupun Lapangan Terbang Subang adalah mudah, terutamanya kepada penduduk bandar, pembangunan…
Berita Domestik
Pengurus Lapangan Terbang Tawau, Rehan Shafiq Azizan berkata, maklumat diterima daripada Pihak…